Motosikal Berkuasa Tinggi Terbabas – Ahli Perniagaan Bergelar Daruk Maut (video) - pakdin.my

ahli-perniagaan-maut-motorsikal-terbabas

Seorang ahli perniagaan bergelar datuk maut apabila motosikal berkuasa tinggi ditungganginya terbabas dan merempuh besi penghadang lebuhraya pagi tadi.

Datuk Majura Muda, seorang perunding kejuruteraan yang cedera parah di kepala maut di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 9.30 pagi tadi di Kilometer 35, Lebuhraya Pantai Timur arah Bentong, dua kilometer sebelum terowong Genting Sempah.

Mangsa sebelumnya berkonvoi bersama tiga motosikal berkuasa tinggi dari Taman Seri Gombak untuk bersarapan pagi di kawasan Hutan Lipur Lintang.

Sebaik melalui satu selekoh tajam, motosikalnya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas.

Hentakan kuat menyebabkan mangsa, Datuk Majura, 47 tahun maut di tempat kejadian.

Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

 

UTAMABERITAMotosikal Berkuasa Tinggi Terbabas - Ahli Perniagaan Bergelar Daruk Maut (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium