27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

MoU Air: Bantahan Rafizi masalah dalaman PKR

rafizi-mou-air-rugikan-rakyat

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantahan yang disuarakan oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berhubung memorandum persefahaman (MoU) mengenai penstrukturan semula aset air di Selangor adalah masalah dalaman PKR.

Katanya, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim telahpun bertindak sebaiknya untuk negeri itu dengan menandatangani MoU tersebut, yang disifatkan Rafizi sebagai perjanjian “tidak telus”.

“Menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dah lakukan terbaik untuk kepentingan Selangor dalam MoU ini.

“Mereka (Rafizi dan PKR) patut bincang hal ini dalam parti. Kalau Rafizi ada masalah, ia antara dia dan pimpinan PKR,” kata Zahid.

Rafizi dalam satu sidang media semalam mendedahkan satu dokumen didakwa sebagai draf perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan yang dimaterai minggu lalu.


Rafizi turut memberi amaran bahawa penstrukturan semula aset air Selangor melalui MoU akan menyebabkan pengguna menanggung kos lebih tinggi dan meningkatkan tarif air.

Sementara itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan angka yang diberi oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengenai penstrukturan air di Selangor yang didakwa merugikan rakyat Selangor hingga RM20 bilion hanya andaian semata-mata.

Abdul Khalid berkata, bagi menjelaskan perkara itu pihaknya akan mengadakan beberapa sesi penerangan secara terbuka untuk menjelaskan mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani beliau dengan Kerajaan Pusat minggu lepas.

“Saya ingat angka-angka ini berpandukkan kepada andaian-andaian dibuat (oleh Rafizi). Oleh kerana itu kita akan membuat beberapa penerangan terbuka tantang perkara ini.

“Angka-angka (Rafizi) itu tidak sama dengan angka-angka yang kita (kerajaan negeri) buat dengan bersama-sama dengan Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN),” kata Abdul Khalids selepas merasmikan pusat media Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Bagaimanapun, Abdul Khalid menjelaskan, buat masa ini beliau tidak boleh memberi komen secara terperinci kerana proses untuk menandatangani perjanjian di antara kedua-kedua pihak masih berjalan.

Menurut Abdul Khalid lagi, beliau juga tidak boleh mendedahkan maklumat berkaitan dengan perjanjian tersebut kerana maklumat tersebut memerlukan persetujuan bersama kedua-dua pihak sebelum didedahkan.

“Jadi saya rasa saya tidak mahu buat komen sekarang kerana selepas proses MoU sekarang kita akan timbul proses untuk menandatangani perjanjian antara dua pihak.

“Oleh sebab itulah saya tidak hendak membuat komen kerana maklumat-maklumat itu adalah maklumat-maklumat yang dimiliki oleh kerajaan negeri (Selangor)  dan juga maklumat-maklumat yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kita akan meminta kelulusan daripada kerajaan Persekutuan untuk melepaskan dokumen tersebut.

“Jika dokumen tersebut milikkan negeri sahaja, negeri mpunyai kuasa tetapi bila ada dua pihak ianya memerlukan persetujuan bersama,” ujar Khalid yang secara profesional menghormati semua pihak yang terbabit dalam MoU berkenaan serta perjanjian sebenar yang bakal dimeterai.

Tambah Abdul Khalid, tujuan utama beliau bersetuju dengan penstukturan air ini adalah bagi membendung kenaikkan tarif oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) serta mendapatkan tarif yang munasabah dan diluluskan oleh SPAN.

Rafizi, Ahli Parlimen Pandan yang bukan anggota kerajaan negeri Selangor, atau kerajaan Pusat mahupun pihak-pihak terbabit dalam MoU itu semalam tanpa rasa hormat mendedahkan kandungan penuh MoU berkenaan.


Beliau mendakwa pelaksanaan MoU penstrukturan air di Selangor dengan kerjasama Putrajaya itu boleh mencecah kos lebih tinggi daripada RM9.65 bilion.

Pengarah Eksekutif National Over sight and Whistleblowers (NOW) itu menyangkal kenyataan Abdul Khalid bahawa kos keseluruhan penstrukturan air tersebut hanyalah RM9.65 bilion.

—————————-

Penjelasan dari Tony Phua seperti yang dilaporkan harakahdaily menyanggah dakwaan meleset Rafizi berkenaan MOU Air Selangor tu

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, berkata komitmen besar kini terletak di bahu Kerajaan Persekutuan untuk memenuhi syarat MoU yang dimeterai sekaligus menunjukkan keikhlasan mahu membantu rakyat Selangor.

“Paling penting, syarikat-syarikat konsesi air yang sedia ada Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor ( SYABAS ), Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd dan Kumpulan ABASS mesti bersetuju untuk menjual konsesi mereka kepada Selangor berdasarkan harga tawaran sebelum ini RM9.65 bilion.

“Jika Kerajaan Persekutuan gagal untuk memujuk syarikat konsesi ini untuk menerima tawaran di atas, maka ia perlu menjalankan semua kuasanya di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA), terutamanya menggunakan Fasal 114 untuk mengambil alih secara wajib syarikat-syarikat air berdasarkan model pampasan yang dinyatakan di dalam perjanjian konsesi,” kata Pua.

Perjanjian MoU tersebut mensyaratkan syarikat-syarikat konsesi ini menjawab tawaran itu pada 10 Mac 2014, atau dalam masa kurang daripada seminggu. – Hrkh.

 

Berita Berkaitan

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...