32.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

MP Pembangkang Ditempelak, Cuba Samakan TPPA Dengan GST

Tindakan seorang anggota Parlimen pembangkang yang cuba menyamakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dengan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) hari ini disifatkan sebagai analogi ‘orang tidak sekolah’.

Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu) mendakwa anggota Parlimen itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ‘cekap’ membuat analogi seumpama itu.

Namun, kata Zainudin, jika pelaksanaan GST dikatakan sebagai langkah tidak bijak seperti yang sering didakwa pembangkang, bermakna lebih 160 negara yang mengamalkan sistem percukaian itu juga tidak bijak.

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan GST adalah ‘hikmah’, kerana ia telah dapat menampung kekurangan pendapatan negara akibat kejatuhan harga minyak dan komoditi di samping kemerosotan ekonomi dunia.

“Kita tak tahu harga minyak akan jatuh dan ketika GST dilaksanakan, berlaku kemerosotan ekonomi dunia, maka jadi rahmat kepada negara… masih dapat buat belanjawan yang baik untuk kesejahteraan rakyat, hasil daripada GST,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat.

Terdahulu, Zainudin memuji langkah kerajaan melaksanakan GST yang telah membantu menjana pendapatan negara walau berhadapan kemerosotan ekonomi dunia.

Mahfuz kemudian mencelah bertanya, jika Malaysia melaksanakan GST kerana 160 negara melaksanakan sistem percukaian itu, bagaimana dengan TPPA yang hanya melibatkan 12 negara.

Menjawab soalan Mahfuz, Zainudin berkata: Jangan samakan soal TPPA dengan cukai (GST). TPPA memang 12 negara terlibat, tapi kalau 100 negara terlibat lagi baik.

“Tapi walaupun hanya 12 negara terlibat, kita akan dapat akses 95 kali ganda lebih besar saiz pasaran dengan menyertai TPPA,” katanya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed baru-baru ini dilaporkan berkata rundingan TPPA telah selesai di Atlanta, Amerika Syarikat pada 5 Okt lalu selepas lima tahun berunding.

Namun ia belum ditandatangani dan perlu dibincangkan di Parlimen terlebih dahulu.

Katanya, teks perjanjian itu dijangka diterima dalam tempoh terdekat dan dibahaskan di Parlimen seawal-awalnya Januari tahun depan.

Negara-negara yang menyertai rundingan TPPA ialah Brunei, Chile, Singapura, New Zealand, Amerika Syarikat, Australia, Peru, Vietnam, Mexico, Kanada dan Malaysia.

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...