Sunday - July 25, 2021 @ 17:28
BERITANASIONALMP PJ Utara Diarah Bayar RM200 Ribu Kepada SYABAS

MP PJ Utara Diarah Bayar RM200 Ribu Kepada SYABAS


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua Kiam Wee membayar RM200,000 kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sendirian Berhad atau SYABAS berhubung saman fitnah yang difail syarikat konsesi bekalan air itu.

Keputusan kes yang memberi kemenangan kepada SYABAS itu dibuat Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah siang tadi.

Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP turut diperintah membayar faedah empat peratus termasuk kos mahkamah yang akan ditaksir kemudian.

SYABAS memfailkan saman berkenaan 28 Januari lalu berikutan kenyataan Tony yang disiarkan akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau 16 November 2010.

Plaintif mendakwa kenyataan menerusi artikel bertajuk “Tony Pua — kerajaan negeri kawal hak pengurusan air bagi memastikan tarif air tidak mengalami kenaikan” sekaligus memperkecilkan reputasi perniagaan dan menyebabkan cemuhan awam yang membawa kerugian kepada SYABAS.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here