MPNF rayu duit raya untuk peneroka Felda dari kerajaan PH - pakdin.my

Saya cam muka seseorang dalam gambar ini.

Lama dia ghaib.

Dulu siap merengek menangis mintak peneroka undi PH. Sekarang nak jadi pejuang lagi.

Padahal dia dah pangkat besar dalam kerajaan.

Dia dalam kerajaan tapi nak rayu kepada kerajaan pulak.

Dulu mereka kata duit raya yang BN bagi tiap-tiap tahun ialah rasuah.

Gula-gula. Dedak.

Hari ini mereka nak rayu pulak kepada Menteri Kewayangan untuk luluskan bajet duit raya FELDA.

Pada saya, ini patut bagi.

Harga sawit sudah terlampau rendah.

Bantuan sara hidup dan bayaran sering lewat dibayar. Itupun selepas dikurangkan.

Dah banyak aset negara yang dibina masa BN sudah dijual. Wang puluhan bilion dah kaut.

Berilah sedikit supaya boleh merasa sedikit kegembiraan kepada ratusan ribu peneroka dan keluarga mereka yang sedang dalam keadaan amat susah supaya boleh menyambut Aidilfitri yang menjelang.

Dulu tak payah merayu kepada kerajaan BN pun.

Tahu-tahu terus dapat.

Semua tahu bahawa peneroka dan FELDA adalah sangat dekat dengan hati saya.

Facebook Najib Razak

https://pakdin.my/tag/felda

UTAMABERITAMPNF rayu duit raya untuk peneroka Felda dari kerajaan PH

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium