MRT Corp nafi runtuhan ada kaitan dengan projek MRT

terowong-runtuh-jalan-imbi
KELIHATAN dua lubang besar di sebahagian struktur terowong yang dalam pembinaan bagi mewujudkan empat laluan kenderaan untuk mengurangkan kesesakan di simpang empat Jalan Imbi, Kuala Lumpur, runtuh sedalam lima meter berikutan mendapan tanah.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) hari ini menafikan bahawa runtuhan di Jalan Pudu-Jalan Imbi ada kaitan dengan projek MRT.

“Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang tidak melalui kawasan kejadian,” demikian menurut MRT Corp dalam satu kenyataan.

Sementara itu, bagi melancarkan trafik di kawasan berkenaan, MRT Corp menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi semua papan tanda lalu lintas yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (Operasi), Azizan Ismail berkata terowong berkenaan adalah sebahagian daripada projek laluan bawah tanah oleh DBKL, runtuh dua kali pada jam 10.38 pagi dan 12.20 tengah hari.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here