1. Semalam, YB Rafizi memberitahu media yang beliau tidak gembira dengan Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional kerana berterusan mengemukakan bukti bagi membongkar tuduhan palsunya, dan yang terkini ialah dakwaannya terhadap kos bagi projek MRT SBK yang baharu dibuka kononnya adalah berganda daripada projek MRT di Sepanyol dan Korea Selatan.
2. Kami dapati YB Rafizi tidak mahu mengulas mengenai kandungan pendedahan kami sebaliknya menggelar kami pejuang siber atau cybertrooper.
Ini jelas menunjukkan Rafizi sedar penipuannya sudah dibongkar dengan hanya bersandarkan kepada maklumat salah di internet termasuk daripada satu blog WordPress tidak sahih menggunakan nama ‘Pedestrian Observations’ untuk menyerang projek MRT kerajaan yang memanfaatkan rakyat.
3. Untuk mengimbau kembali, Rafizi secara terbuka membuat tuduhan berikut:
a). Kos projek MRT Laluan Seoul 9 meliputi 27km adalah US$43 juta
b). Projek Sants-La-Sagrera Barcelona meliputi 5.8km dibina bermula 2008 dan siap pada 2011 menelan belanja US$39 juta bagi setiap km.
c). Kononnya projek MRT SBK Malaysia bagi laluan 51km adalah US$103 juta bagi setiap km, atau sekali ganda daripada projek MRT di Barcelona dan Seoul.
4. Kita akan mendedahkan banyak lagi bukti yang Rafizi, sama ada tahu atau sebaliknya, menggunakan maklumat salah bagi menghasut dan memperdaya masyarakat dengan memfitnah kerajaan.
5. Sebagaimana dinyatakan pada kenyataan kami sebelum ini, berdasarkan kepada sumber yang lebih sahih dan berwibawa bagi projek Laluan Seoul 9 adalah daripada Institut Pembangunan Korea yang menunjukkan kos bagi projek itu adalah US$5.7 bilion bagi 37.5km atau US$152 juta bagi setiap km.
Berikut adalah capaian bagi maklumat itu: http://www.siudmysore.gov.in/UTdetails/Day4.pdf
6. Kami juga telah menyatakan satu lagi sumber berwibawa iaitu Pihak Berkuasa Metropolitan Seoul menyatakan kos purata pembinaan bagi pelbagai laluan MRT yang dibina di pelbagai lokasi adalah US$105 juta bagi setiap km.
Maklumat ini boleh dirujuk di halaman empat, di capaian berikut: http://chinese.seoul.go.kr/wp -content/uploads/ch/uc/seoul/swf/eBook_/Br_010_rapidtransit/seoul_rapidtransit.pdf
7. Anda akan mendapati kedua-dua rujukan itu adalah daripada dua sumber kerajaan dan bukannya daripada blog tidak sahih yang cenderung digunakan Rafizi sebagai sumber maklumatnya.
8. Sekali lagi, kami ingin tekankan di sini, jika YB Rafizi masih yakin dengan kos bagi projek MRT berkapisiti tinggi Seoul adalah US$43 juta bagi setiap km, beliau seharusnya mempersoalkan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengapa projek LRT berkapisiti lebih rendah di atas muka bumi menelan belanja 50 peratus lebih tinggi iaitu pada US$64 juta bagi setiap km.
9. Projek MRT Sants-La-Sagrea Barcelona meliputi jarak 5.8km yang didakwa YB Rafizi menelan belanja US$39 juta bagi setiap km bukanlah projek MRT.
Ia hanyalah satu laluan terowong 5.8km bernilai €179•3m untuk dibina, dengan tiada stesen, tiada depoh, tiada sistem isyarat dan gerabak.
Ia disebut dengan nyata di capaian berikut: http://www.railwaygazette.com/news/infrastructure/single-view/view/barcelona-tunnel-complete.html
[contentcards url=”http://www.railwaygazette.com/news/infrastructure/single-view/view/barcelona-tunnel-complete.html” target=”_blank”]
10. Adalah mengarut bagi seorang Ahli Parlimen untuk menggunakan kos pembinaan terowong sahaja untuk dibandingkan dengan satu projek MRT yang lengkap hanya untuk membuat tuduhan kononnya projek MRT SBK menelan belanja berganda.
Kenapa mahu membandingkan sebuah terowong dengan sebuah projek MRT yang lengkap?
Dan tidak masuk akal bagi seorang Ahli Parlimen untuk mempercayai yang Barcelona akan membina sistem MRT hanya untuk laluan 5.8 km sahaja!
11. Bagi mengelakkan keraguan, terowong yang dimaksudkan YB Rafizi adalah sebahagian daripada projek Laluan Metro Barcelona meliputi jarak 48km dengan kos Euro €6.5 bilion atau US$7.9 bilion berdasarkan kepada pertukaran matawang pada 2011. Ia bersamaan dengan US$164.5 juta bagi setiap km, iaitu lebih tinggi daripada US$39 juta bagi setiap km sebagaimana didakwa YB Rafizi.
Pembinaan bermula pada 2002 dan siap pada 2014.
Berikut adalah dua rujukan bagi menunjukkan fakta ini:
http://www.railway-technology.com/projects/barcelona-metro-line-9/
http://www.barcelona-metropolitan.com/in-the-city/the-big-dig-barcelonas-metro-line-9/
[contentcards url=”http://www.railway-technology.com/projects/barcelona-metro-line-9/” target=”_blank”]
[contentcards url=”http://www.barcelona-metropolitan.com/in-the-city/the-big-dig-barcelonas-metro-line-9/” target=”_blank”]
Adalah jelas bahawa kedua-dua projek MRT Seoul dan Barcelona dinyatakan YB Rafizi lebih mahal daripada projek MRT SBK bagi kos setiap km.
12. Biarpun YB Rafizi secara jelas silap sekali lagi, YB Rafizi sepatutnya menjadikan dirinya lebih bermanfaat dengan menggunakan maklumat mengenai terowong itu untuk bertanyakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng mengapa kos terowong adalah US$39 juta bagi setiap km (mengikut tukarang matawang pada 2011) manakala Projek Terowong Pulau Pinang bagi jarak 7.2km menelan belanja RM3.6 bilion atau US$162 juta bagi setiap km (mengikut tukaran matawang 2011).
13. Kesilapan berulangkali YB Rafizi sejak minggu terdahulu ini adalah punca kepada mengapa beiau tidak lagi dipandang serius.
Kami juga hairan mengapa YB Rafizi tetap berkeras mahukan Perdana Menteri menyaman beliau. Ingin kami ingatkan, beliau sudahpun disaman oleh Perdana Menteri berkaitan tuduhannya mengenai cincin berlian di mana YB Rafizi memberitahu mahkamah, dia hanya bergurau. Katanya, ia hanya satu jenaka.
Bagaimanapun, tuduhan palsu berulangkali YB Rafizi ini tidak lagi kelakar.
14. Kami jangkakan YB Rafizi akan terus berusaha mengelak daripada mengaku akan pembohongannya dengan menyerang penyampai maklumat yang mendedahkan penipuannya dalam usaha memfitnah kerajaan.
15. Seorang Ahli Parlimen yang berterusan membuat tuduhan tidak berasas untuk mencetuskan kebencian masyarakat menggunakan maklumat salah adalah berbahaya. Ini mungkin menyebabkan kredibiliti Ahli Parlimen tersebut menjunam ke laut.
Ia satu permainan fitnah berbahaya yang YB Rafizi patut hentikan.
Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional
Putrajaya.
29 Disember 2016
Admin bodo
apa bodo bodo. bahasa bagus nya. sapa kata orang bodo dia 10 kali bodo
Ko tu yg bodo, nak hujah biar dgn fakta.
Kah kah kah.. tengok muka pun tau bodo.. hahahaa
Biar dia nk bongkar klu btl xpe dh mcm org sewel bgi fakta pn tah mna dia korek last2 esk klr statement …”sy bergurau je”…kikiki
Adakah mrt rasuah utk kwsn ph
Najib takut saman.kih3
Saman pun tak guna akhirnya dia akan kata minat maaf saya bergurau dan melawak je
Balik2 saman balik2 saman.. banyak lagi keje lain najib tu nak buat.. kang saman last sekali sotong ni mintak maaf.. saya hanya bergurau.. buang masa la bodoh
Saman jer..barulah kita tahu sape kuat kencing.macai pun adalah point nak di dendangkan.ni x berani.maklumlah no ball.hahahha
Jap lagi rafizi kalah kau cakap mahkamah tak adil.. kah kah kah.. macai lembu… pi isap telo lim kit siang sana..
X saman lagi .x masuk mahkamah lagi kamu dah kata dah kalah..ap ker bodoh nya macai ni..g cari telo najiby tu.mana dia simpan..kalu x ada sangat pinjamkan telo kamu ker dia.hahahaha
Lalalaallaa… macam dapig bodoh.. ikut cakap penipu tu.. bodoh… hahaaha.. isap telo lapiji yer pakcik…
Hahaha.dah pinjam kan ker telo pada najib.kalu dah ,suruh najiby saman lapiji yer.atau macai pun x bertelo.hi3
Lawak sungguh Abd Mutalib dah macam Rafizi
Tapi x selawak najiby n the geng
Kesian plak aku tgk yb sorang nie…maybe masa mckk dah develop perangai mcm nie kot hehehe
Kesian pada cikgu yang mengajarnya masa di MCKK
Susah apa kalau betul fitnah…tangkap n sumbat
orang2 yang suka buat fitnah dia senditi tahu siapa dan apa balasan yang akan dterimanya nanti
Hentikan la, bang Fizi, dari menjadi hantu fitnah……
Bila murah suruh istihar mahal. Bila mahal marah membazir duit raayat. Mana yg betul ni. Hanya dia saorang tu sja betul
Sedang menunggu saman najib…
Byk sgt mkn duit tuntutan palsu sbb tu dia jdi mcm tu. Dah x blh nak undur, selagi x mampus mcm tu lah dia ni.
kalau rafizi salah tunjuklah bukti yg betul bn save duit. tp heran najib x buka mulut pun yg jwb badut2 di bawah.
Rafizi gila !!!!!!!!!!!!!!!