27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

MSC Malaysia Catat Perolehan Lebih RM30 Bilion Pada 2011

MSC Malaysia melaporkan tahun terbaiknya pada 2011 dengan perolehan lebih RM30 bilion, satu peningkatan sembilan peratus pada eksport kepada RM10 bilion dan satu sumbangan lebih RM9 bilion kepada keluaran dalam negara kasar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peluang pekerjaan meningkat tujuh peratus sepanjang 2010, menjadikan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh MSC Malaysia setakat ini kepada 119,138.

Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa program Digital Malaysia yang diterajui Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), akan mencapai sasarannya untuk meningkatkan sumbangan teknologi maklumat dan komunikasi kepada pendapatan negara kasar kepada 17 peratus, mencipta 160,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi dan menambah RM7,000 pada pendapatan digital setahun untuk lebih 350,000 rakyat Malaysia menjelang 2020.

Program Digital Malaysia yang diumumkan oleh Najib tahun lepas, adalah program kebangsaan berasaskan tiga teras strategik untuk melonjakkan negara ke paras ekonomi digital maju menjelang 2020.

Teras-teras tersebut akan mengubah tumpuan Malaysia daripada bekalan kepada permintaan; daripada penggunaan kepada pengeluaran; dan daripada pengetahuan rendah kepada pengetahuan tinggi.

“Hari ini saya diberi penerangan tentang empat Inisiatif Digital Malaysia yang menyokong tiga teras strategik ini,” katanya selepas mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa MSC ke-15 di sini.


Beliau berkata inisiatif itu ditumpukan kepada memanfaatkan permintaan bagi produk dan perkhidmatan digital, meningkatkan pendapatan masyarakat dan membuka potensi keusahawanan untuk kumpulan B40 (40 peratus terendah dalam komuniti), memupuk generasi belia celik teknologi maklumat dan meningkatkan produktiviti perusahaan kecil dan sederhana.

“Hari ini kami juga membincangkan potensi kesan digital teknologi pada isu sosial yang lebih luas seperti pencegahan jenayah dan kecekapan perbelanjaan kerajaan.

“Terdapat banyak idea menarik yang telah saya minta anggota majlis bangunkan menjadi program yang boleh dilaksanakan,” katanya.

Sebelum itu, Najib menyaksikan pemeteraian beberapa usaha sama antara MDeC dan beberapa kementerian, agensi kerajaan negeri dan sektor swasta.

Lapan perkongsian itu, yang melibatkan pelaburan sejumlah RM12.35 bilion, adalah:

* Membangunkan Pertukaran Pembelajaran dan Pendidikan Khusus Mengikut Permintaan;

* Mengembangkan industri ‘Embedded System’;


* Perkhidmatan Perusahaan Perkongsian Awan;

* Hub e-fulfillment Asia;

* Menubuhkan Platform Dompet Digital Mobile yang boleh dipercayai;

* Mengupayakan perkhidmatan e-bayaran untuk PKS dan Perusahaan Mikro;

* Pemudahan Peningkatan Sosial; dan,

* Penyumberan Mikro untuk Menjana Pendapatan B40.

Empat perkongsian juga diumumkan pada majlis itu, iaitu:


Satu projek kerjasama antara MDeC dan Microsoft bertujuan memperkasa belia dengan alat dan pengetahuan digital untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka dan menghasilkan usahawan muda;

Satu projek yang dilaksanakan dengan YouTube, Astro dan KRU untuk menggalakkan penggunaan platform media sosial untuk penjanaan kekayaan dan sumber baharu pertumbuhan terutamanya untuk pencipta kandungan Malaysia ;

Satu projek antara MDeC, 1Tube, YouTube dan Sage yang membolehkan pencipta kandungan pendidikan Malaysia memasarkan dan mempromosikan kandungan pendidikan mereka ke seluruh dunia dalam YouTube EDU; dan,

Satu projek antara MDeC dan Joota yang akan menyediakan platform rangkaian sosial yang memberi kesan kepada masyarakat melalui kandungan digital.

Sementara itu, Adacode System Sdn Bhd telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Yang Terbaik Antara Yang Terbaik Perdana Menteri MSC Malaysia Asia-Pasific ICT Alliance (APICTA) 2012, sebelum majlis APICTA 2012 yang dijadualkan pada 16 Okt 16 di Kuala Lumpur.

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan