25.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

Muafakat Nasional : Jangan biarkan DAP berkuasa semula – Ahmad Maslan

TANJUNG MALIM – Setiausaha Agung UMNO (SUA) Datuk Seri Ahmad Maslan mengingatkan ahli-ahli UMNO untuk meredakan apa-apa perbalahan dalam bangsa Melayu kerana perkara tersebut merugikan apatah lagi fokus pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

Katanya, apabila Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan hasrat untuk bersama-sama tentulah sebagai pemimpin yang berjiwa besar iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengundang mereka untuk menyertai Muafakat Nasional (MN).

“Kita tidak mahu DAP memerintah semula. Kekuatan DAP ini ialah kepada perpecahan Melayu. DAP tidak ada sebarang kekuatan jika Melayu berpadu dan Melayu ingin bersatu dalam MN. Jadi kita perlu rasional dan menerima segalanya,” tegasnya.

Jelas, beliau memahami bahawa kesan dan luka pada ahli-ahli UMNO begitu mendalam apabila ramai pimpinan UMNO yang melompat ke PPBM dan ia cukup berbeza dengan luka perbalahan dengan PAS.

“Saya tahu kesan luka antara UMNO dan PPBM belum sembuh, tetapi kita sudah banyak luka dengan PAS sebelum ini dan kita sembuhkan luka-luka itu. Akhirnya kita menamatkan perbalahan lebih 60 tahun.

“Jika masyarakat Melayu dan bangsa Melayu serta Bumiputra Islam berpecah, kita akan kalah dari sudut politik, sudahlah kalah pada sudut ekonomi. Jadi inilah peluang yang terbaik untuk kita menyatu-padukan parti-parti politik Melayu yang tidak suka pada DAP,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Justeru, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian mengharapkan agar sentimen perperpecahan dapat dihindarkan demi kemenangan pada PRU-15.

“Saya ingin menyeru kepada ahli-ahli UMNO, sentimen perbalahan politik cuba kita redakan antara UMNO dengan PPBM ini. Saya faham bahawa begitu begini dinyatakan tetapi kalau kita berbalah dan berlaku tiga penjuru dalam PRU-15 yang akan memberi peluang kepada pihak musuh sedangkan kita mahukan kemenangan,” katanya lagi.

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan