Mualim diisytihar daerah baharu di Perak - pakdin.my

majlis-daerah-tanjung-malim

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan mengisytihar daerah baharu iaitu Mualim yang berkeluasan 93,435 hektar awal tahun depan, bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan baginda.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, daerah Mualim terdiri daripada tiga mukim iaitu Slim, Ulu Bernam Barat dan Ulu Bernam Timur yang meliputi bandar Tanjung Malim, Slim dan Proton City.

“Perasmian daerah Mualim ialah bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan baginda tuanku. Majlis pengisytiharan daerah tersebut akan diadakan pada 11 Januari 2016, pada pukul 10 pagi di Majlis Daerah Tanjung Malim,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Nazrin pada esok, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Puhat memberitahu, terdapat beberapa lagi majlis perasmian bangunan-bangunan kerajaan dan agensi kerajaan yang bakal dilangsungkan bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan baginda.

Katanya, baginda dijadual merasmikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jana Manjung 4 di Manjung pada 4 Januari 2016 dan diikuti pula Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia negeri (RTM Perak) serta Konsert Diraja pada 9 Januari 2016 di Ipoh.

“Baginda juga bakal merasmikan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping pada 23 Februari. Selepas itu, baginda sultan ber­kenan merasmikan pula Bangunan Majlis Daerah Kampar pada 1 Mac 2016.

“Baginda dijadual merasmikan bangunan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak (NCDRC) Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim pada 19 Mac 2016. Selepas itu, pada 29 Mac pula, baginda akan merasmikan Bangunan Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai.

“Seterusnya, baginda sultan akan merasmikan Sekolah Kebangsaan Tanah Hitam di Chemor pada 5 April, diikuti Kem Batalion 18 Pasukan Gerakn Am pada 23 April dan akhir sekali Perak Agro Tourism Resort di Tanjung Tualang pada 30 April 2016,” jelas beliau.

Menurut Abdul Puhat, bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan itu turut dianjurkan Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah pada Ahad ini di Jalan Tun Razak, Kuala Kangsar.

UTAMAMualim diisytihar daerah baharu di Perak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium