30.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Mubarak Kutuk Usaha Pihak Tertentu Gulingkan Kerajaan Dengan Cara Tidak Demokratik

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) pada Isnin mengutuk sekeras-kerasnya usaha berterusan pihak tertentu untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan cara tidak demokratik seperti pemberontakan dan pertumpahan darah.

Dalam satu usul yang dibentang pada Perhimpunan Agung Tahunan Mubarak Malaysia ke-9, di sini, Mubarak turut mencela kegiatan parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang didalangi kuasa asing untuk merealisasikan matlamat itu.

Ketua Penerangan Mubarak Datuk Abdul Rahman Sulaiman ketika membentangkan usul itu, berkata Mubarak menggesa rakyat supaya sentiasa waspada terhadap usaha tersebut demi menyelamatkan negara dan menjamin kesejahteraan serta kelangsungan hidup rakyat pada masa depan.

“Mubarak juga mengambil ketetapan menyokong usaha kerajaan untuk mengekalkan sistem pemerintahan yang wujud sekarang buat selama-lamanya,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas, berkata perhimpunan NGO yang disokong pembangkang di ibu negara 28 April lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi, sekali gus menunjukkan mereka tidak menghormati kerajaan yang dipilih rakyat menerusi proses yang sah.

Abdul Rahman berkata usaha untuk menggulingkan kerajaan menerusi cara tidak demokratik itu adalah kerana pembangkang tiada pilihan lain untuk menang kerana tidak mampu mencapainya menerusi pilihan raya.

Selain itu katanya pada usia 65 tahun sekarang, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai masa lagi untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Usaha kumpulan yang mahu menggulingkan kerajaan itu juga kerana mendapat semangat daripada kejayaan ‘Arab Spring’ di beberapa negara Arab, yang mendapat sokongan NGO tertentu dan kuasa asing.

“Mereka juga sebar khabar angin selain memburuk-burukkan kerajaan, pemimpin dan institusi. Jika mereka hendak mengambil alih kerajaan, mereka sepatutnya melakukannya secara demokrasi. Tetapi mereka tahu tidak boleh menang dengan cara pilihan raya,” katanya.

Abdul Rahman berkata Malaysia telah berjaya melaksanakan 12 pilihan raya umum dan ratusan pilihan raya kecil yang dijalankan secara demokratik, adil, bebas dan lancar sejak Merdeka.

“Sistem pemerintah Raja Berperlembagaan yang melibatkan perkongsian kuasa antara pelbagai kaum yang menjadi penduduk negara ini telah berjaya mengubah landskap negara daripada sebuah negara pertanian kepada sebuah negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi.

“Kepimpinan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri sedang gigih melaksanakan program transformasi nasional untuk melonjakkan negara ke tahap negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya.

Perhimpunan pada Isnin turut meluluskan usul berkenaan pencen kepada bekas wakil rakyat yang antaranya memohon kepada kerajaan agar bekas wakil rakyat yang dipencenkan sebelum umur 50 tahun dibayar gratuiti dan pencen sebaik sahaja dibersarakan, bukan menunggu sehingga cukup umur 50 tahun.

“Bekas wakil rakyat yang terpilih selepas berkhidmat kurang daripada 36 bulan jika tidak dipilih lagi dalam pilihan raya seterusnya, mereka ini hendaklah dianggap telah berkhidmat satu penggal penuh dan layak dibayar gratuiti dan bayaran pencen mengikut tempoh perkhidmatan,” katanya.

Usul yang dibentangkan Mubarak Melaka itu turut meminta kenaikan pencen bekas wakil rakyat dibuat mengikut penjawat awam yang dinaikkan dari semasa ke semasa.

“Bekas-bekas wakil rakyat yang telah pencen jika berlaku kematian isteri pertama dan jika bekas wakil rakyat berkenaan berkahwin lagi maka isteri barunya hendaklah dibolehkan menerima pencen terbitan selepas kematian suaminya,” katanya.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan