24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, January 22, 2021

MUBARAK Mahu Bekas Wakil Rakyat Dipertimbang Sebagai Calon BN Dalam PRU-13

KOTA KINABALU, 4 April  — Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) mahu bekas wakil rakyat tertentu dipertimbangkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

Presiden MUBARAK Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata untuk itu, pihaknya akan menyerahkan senarai nama bekas wakil rakyat itu, terutama anggota Mubarak kepada pucuk pimpinan BN untuk pertimbangan.

“Kita bukan hendak berlawan dengan pemimpin-pemimpin parti, kita buat apa yang kita patut buat dengan cara sukarela dan kalau calon ini (ahli Muabarak) sesuai dan boleh menang, maka kita akan ketengahkan,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama MUBARAK di sini.

Beliau berkata senarai nama calon berkelayakan itu, termasuk dari Sabah, kini di peringkat akhir penelitian.

Beliau berkata MUBARAK akan memberi sokongan padu kepada BN bagi memastikan parti gabungan itu mencapai kejayaan cemerlang pada PRU-13.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.