Mufti Arab Saudi: Pemimpin Iran Bukan Islam - pakdin.my

Sheikh-Abdulaziz-mufti-aeab-saudi.jpg

RIYADH: Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz al-Sheikh menegaskan bahawa pemimpin tertinggi Iran bukan beragama Islam dan menjadikan penduduk Islam yang berfahaman Sunnah sebagai musuh mereka.

Sheikh Abdulaziz berkata demikian sebagai membalas kenyataan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang mengkritik pengurusan haji Arab Saudi dan cuba menghasut negara-negara Islam supaya Riyadh tidak lagi menguruskan ibadat tahunan itu.

Ketika diajukan soalan tentang kenyataan Ayatollah, Sheikh Abdulaziz berkata, beliau tidak terkejut dengan kritikan yang dilemparkan oleh pemimpin Iran tersebut pada Isnin lalu.

“Kepercayaan yang dipegang oleh mereka merupakan ajaran lama dan musuh utama mereka adalah pengikut Sunnah,” katanya.

Beliau menjelaskan, pemimpin tertinggi Iran merupakan pengikut “magus”, yang merujuk kepada fahaman Zoroastrianisme, satu kepercayaan yang pernah menjadi pegangan utama ketika empayar Persia pada abad ke-13 sebelum kedatangan Islam di bumi Iran.

Kenyataan Sheikh Abdulaziz turut mengundang kritikan daripada Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarid yang mengutuk sekolah berfahaman Sunnah.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAMufti Arab Saudi: Pemimpin Iran Bukan Islam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium