30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Mufti Besar Mesir: ‘Innocense of Muslims satu serangan ke atas manusia’

KAHERAH – Mufti Besar Mesir, Ali Gomaa menyeru umat Islam supaya respons ke atas filem Innocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan ramai dan meragut hampir 60 nyawa setakat ini, menerusi pendekatan “kesabaran dan kebijaksanaan” sama seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Bercakap kepada CNN, beliau berkata, turut mempersoalkan sama ada di Amerika Syarikat (AS), penyiaran filem tersebut tidak menyalahi undang-undang.

Beliau turut mencabar jika ada undang-undang yang melindungi kebebasan bersuara seumpama itu.

“Ini bukan kebebasan bersuara, sebaliknya satu serangan ke atas umat manusia, agama dan hak asasi manusia,” katanya.

Protes ke atas filem itu bermula 11 September lalu.

Pada masa yang sama, beliau menyifatkan konflik ini wajar diberi perhatian dalam dunia Islam kerana berpendapat konflik menekan bukanlah jawapannya.

Katanya, “Kami hidup bersama dan mesti menghormati jiran kita.”

“Karikatur telah menyemarakkan lagi api kebencian sedangkan kita cintakan keamanan,” katanya sambil mendakwa terdapat beberapa pemimpin Islam ‘takut terhadap penyebaran kebencian’ ini terhadap agama mereka dan menentang tindakan ‘menyindir’ mana-mana agama.

Paderi Gereja Koptik turut mengutuk penerbitan filem anti-Islam yang akhirnya mencetuskan protes besar-besaran di seluruh negara.

Ali yang turut aktif dalam Yayasan Coexist berkata, toleransi agama perlu digalakkan.

Beliau menggesa semua kumpulan yang sering menyerang antara satu sama lain agar menghentikan perbuatan mereka.

Di Mesir katanya, umat Islam dan Kristian akan mengekalkan keamanan walaupun berlaku kegawatan baru-baru ini.

“Mesej saya kepada orang-orang yang mahu (persengketaan) antara orang Islam dan Kristian di Mesir, saya memberitahu mereka, “Anda tidak akan berjaya, kerana kami telah hidup bersama lebih daripada 1,400 tahun,” katanya.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan