Mufti minta netizen jangan aibkan orang lain - pakdin.my

Warga netizen ditegur supaya memelihara kemuliaan bulan Ramadan dengan tidak berkongsi perkara-perkara yang boleh mengaibkan orang lain.

Ini termasuk mengeluarkan perkataan yang tidak baik terutama melibatkan kes siasatan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri membuat teguran itu kerana beliau mendapati di laman-laman sosial seperti Facebook, orang ramai tidak segan silu mengeluarkan kata-kata yang mengaibkan sebagai respons dan tindak balas mereka terhadap perkembangan siasatan melibatkan bekas Perdana Menteri itu.

“Saya tidak bertujuan untuk menyokong mana-mana pihak akan tetapi saya kesal apabila kalangan umat Islam seolah-olah sudah terlupa bahawa mereka sedang berpuasa.

“Yang tidak sahaja menahan diri dari makan dan minum tetapi yang penting memelihara hati, perasaan dan cara kita mengolah perkataan kita terutamanya di laman-laman media sosial.

“Biarlah polis menjalankan tugas mereka dan sebagai warga netizen, kita tidak berhak untuk menjatuhkan hukuman sehingga memberikan aib kepada orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Berbuka Puasa Program Quran Hour A Night With Mufti anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Istana Budaya di Lambang Sari Istana Budaya di sini, malam tadi.

Zulkifli sebaliknya meminta supaya warga netizen supaya lebih tumpukan perhatian terhadap menambahkan amal ibadah dan mengejar ganjaran pahala sepanjang bulan Ramadan sambil memohon kepada tuhan supaya menutupkan aib dan melebihkan rahmat dan kasih sayang sesama umat.

https://pakdin.my/tag/nakib-razak
https://pakdin.my/tag/mufti

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAMufti minta netizen jangan aibkan orang lain

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium