Mufti Perlis ‘pekak’, kata Mahathir - pakdin.my

Bertahun Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr Maza) mengata pentadbiran Barisan Nasional dan bekas Perdana Menteri Najib Razak sehingga ke tahap memfitnah, tak pula bekas Perdana Menteri membalas dengan cercaan terhadap Dr Maza.

Dr Maza menjadi salah seorang yang menyebabkan Pakatan Harapan DAP menang dalam PRU-14 dengan sokongan terbukanya terhadap kenyataan dan fitnah pemimpin PH sebelum PRU-14.

……….
Mufti Perlis ‘pekak’, kata Mahathir

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin bahawa kedudukan Islam semakin ‘tidak selamat’ di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Pasal dia ‘pekak’.

“Kalau dia boleh dengar, dia boleh dengar kita buat macam-macam untuk orang Islam, untuk Islam. Tapi dia tak dengar,” sindirnya kepada media selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Pertubuhan Pengurusan Asia (AAMO) di Kuala Lumpur malam ini.

Terdahulu Mohd Asri di laman Facebooknya hari ini mendakwa ramai beranggapan bahawa Islam berada dalam keadaan tidak selamat di bawah pentadbiran kerajaan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu awal pagi semalam atas dakwaan menghina agama Hindu dalam satu ceramah. [1]

“Inilah realiti yang kelihatan pada hari ini. Pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu-individu yang berada dalam kerajaan hari ini yang menghina Umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum, mereka hanya dipanggil untuk beri keterangan. 

“Betapa ramai yang menghina Nabi Muhammad dan mempersenda ajaran Islam, juga hanya dipanggil memberikan keterangan.

“Tapi, ceramah dalam masjid untuk umat Islam sahaja di Kelantan oleh seorang yang menceritakan pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam, telah menyebabkan beliau ditangkap,” tulis Mohd Asri.

Mohd Asri mendakwa penangkapan itu menunjukkan masyarakat Islam semakin “dibuli” oleh kerajaan PH.

“Suara-suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan yang memimpin pentadbiran hari ini melainkan sejumlah kecil. Apakah ini suatu keadilan?

“Realiti ini menjadikan rakyat makin akur bahawa Islam berada dalam keadaan yang tidak begitu selamat di bawah pentadbiran hari ini,” tegasnya.

Rujukan:
[1] ISLAM TERANCAM (Facebook Dr Maza)
https://www.facebook.com/279290772989/posts/10157310997167990/

UTAMAPOLITIKMufti Perlis 'pekak', kata Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium