Mufti Pulau Pinang mengganggu siasatan video bersemburit - pakdin.my

Sebagai penjawat awam, amaran Mufti Pulau Pinang untuk mengambil tindakan Qazaf jika Haziq tidak menarik balik pengakuan merupakan satu kesalahan mengganggu siasatan polis dan mengugut saksi.

Hubungan seks sesama jantan adalah kesalahan jenayah (criminal) bukan di bawah syariah.

Jika penjawat awam biasa menganggu saksi mereka sudah boleh didakwa dan dipenjara seperti mana berlaku kepada Pegawai SPR Parlimen Rembau tahun lepas.

Namun seperti mana Menteri, Mufti juga kebal dari tindakan undang-undang jika menyokong PH.

Rakyat berhak untuk tahu :

1. Apakah benar Azmin Ali mengadakan hubungan seks luar tabie.

2. Jika video tersebut benar apakah beliau layak terus menjadi pemimpin umat Islam?

3. Benar kesalahan hubungan sejenis ini aib yang perlu ditutup oleh pelaku.

Namun kesalahan ini perlu diambil tindakan oleh kerajaan kerana ia telah sampai ke pengetahuan pemerintah dan orang ramai.

Apakah mufti ingin mengatakan kerajaan tidak harus terbabit secara undang-undang dalam mencegah kegiatan seks luar tabie ini?

Jangan cuba meremehkan dosa dan kesalahan jenayah seks sesama jantan ini hanya untuk mempertahankan Azmin Ali.

Rujukan:
Mufti Pulau Pinang cuba mengelirukan, bersemburit bukan kesalan Kazaf di Malaysia
https://pakdin.my/mufti-pulau-pinang-cuba-mengelirukan-bersemburit-bukan-kesalan-kazaf-di-malaysia/

https://pakdin.my/tag/bersemburit

UTAMAPOLITIKMufti Pulau Pinang mengganggu siasatan video bersemburit

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium