25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 16, 2021

Mufti Selangor pernah tegur Khalid sebagai “bukan faham ugama”

Mufti Besar Selangor, Dato’ Mohamad Tamyes bin Abdul Wahid pula memberikan tamparan hebat kepada MB dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Beliau mengulas tentang soal perlaksanaan undang-undang Seksyen 18(2) yang melarang umat Islam bekerja di premis-premis arak dan dikuatkuasakan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Dengan terus terang, Mufti Selangor bersuara meskipun terpaksa berhadapan dengan kemungkinan menerima perlakuan dan layanan yang sama seperti Dato’ Khusrin, SUK Selangor yang ditekan hebat Khalid dan konco-konconya.

Mufti Selangor dilaporkan menempelak mana-mana pemimpin Kerajaan Haram Negeri Selangor yang menentang, membekukan atau membatalkan undang-undang di bawah Seksyen 18(2) yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya baru-baru ini.

Ronnie Liu dan Teresa Kok menentang keras perlaksanaan undang-undang berkaitan umat Islam ini dan berjaya membekukan sementara perlaksanaannya.

Manakala, Hasan Ali pula mewakili PAS Selangor, walaupun ber”suara” menyokong penuh perlaksanaan undang-undang oleh MPSJ ini terpaksa akur dengan desakan kedua-dua kafir harbi DAP itu.

Selain itu, Dato’ Mohamad Tamyes Abdul Wahid juga menggesa agar perlaksanaan undang-undang melarang umat Islam bekerja di permis arak turut sama dilaksanakan oleh seluruh PBT negeri Selangor.

Menurut Mufti Selangor tersebut, larangan dan arahan ini bukanlah datang dari dirinya dan menegaskan bahawa ianya merupakan arahan dari Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

Mufti Selangor itu menambah, “Saya yakin YB berkenaan tidak faham tentang soal agama Islam. Ini larangan dari Allah bukan dari manusia. YB tersebut bukan ‘orang agama’ dan bukan faham agama”…………..

Baca seterusnya……

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.