26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

? Muhammad Sanusi dilantik MB Kedah baharu

Muhammad Sanusi Md Nor hari ini dinamakan sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim pada satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini.

Pengumuman terbabit dibuat susulan peletakan jawatan Mukhriz berkuat kuasa serta merta hari ini selepas hilang kepercayaan majoriti ADUN di Kedah.

“Lanjutan dari peletakan jawatan tersebut, Tuanku Sultan Kedah memperkenan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri sebagai menteri besar baharu.

“Ini kerana, beliau pada hemat baginda telah mendapat sokongan majoriti ADUN mengikut peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah,” kata Ammar.

Terdahulu, beliau memaklumkan bahawa Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sudah mengadakan perjumpaan dengan semua ADUN pada 15 Mei lalu dan mendapati Mukhriz tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ADUN.


“Baginda telah berkenan menerima peletakan jawatan Mukhriz sebagai menteri besar serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada hari ini selaras dengan Perkara 37(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ammar menjelaskan, upacara pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar baharu akan diadakan jam 3 petang ini di pejabat Sultan Kedah, di sini.

Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah sebelum ini menyandang jawatan Ketua Pembangkang DUN Kedah bermula Mei 2018.

Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah yang ke-11 iaitu Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Pelantikan hari ini juga menjadikan Muhammad Sanusi sebagai ADUN Pas kedua menjawat jawatan terbabit selepas kepimpinan Azizan bagi penggal 2008 hingga 2013.

Kerajaan Perikatan Nasional Kedah kini akan mentadbir negeri itu selepas memiliki sokongan 15 ADUN dari Pas, 4 ADUN dari Bersatu-PN, 2 dari Barisan Nasional dan dua ADUN Bebas.

Berita Berkaitan

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Bincang calon TPM, MKT UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini

Umno dijangka akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan calon Timbalan Perdana Menteri dan syarat-syarat...

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan