Liwat II: Muhammad Shafee Hanya Jelaskan Perkara Sebenar - pakdin.my

anwar-murung-bersalah

Tindakan Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengadakan ceramah tentang kes itu hanyalah untuk menjelaskan perkara sebenar.

Tindakan Muhammad Shafee adalah untuk menjelaskan kes tersebut bukanlah satu konspirasi seperti didakwa.

Mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) berhak untuk menjemput beliau bagi memberikan ceramah.

Terpulang kepada NGO untuk jemput beliau, dan beliau pula tidak boleh disekat, sebab pembangkang pun asyik tuduh (kes liwat Anwar) konspirasi.

Kalau kebetulan (ceramah) dihebahkan di kawasan tertentu dan selepas itu orang UMNO nak datang, tidak ada siapa boleh halang.

Tindakan Muhammad Shafee melakukan siri ceramah tersebut juga bukanlah atas desakan UMNO mahupun kerajaan, sebaliknya bercakap atas jemputan NGO.

Malaysia negara bebas, asal tidak sebar fitnah cukuplah, dan saya diyakini dia tidak sebar fitnah.

Semalam, Muhammad Shafee mengadakan siri jelajah dinamakan ‘Sejenak Bersama TS Shafee Abdullah’ di Permatang Pauh, bagi menjustifikasikan penghakiman kes liwat II terhadap Anwar.

Ceramah tersebut dianjurkan oleh sebuah NGO.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lalu memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

UTAMABERITALiwat II: Muhammad Shafee Hanya Jelaskan Perkara Sebenar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium