28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

Muhammadiyah mula puasa esok

muhammadiyah-puasa

JAKARTA  – Umat Islam di Indonesia menyambut bulan puasa tahun ini pada tiga hari berbeza dengan organisasi masyarakat Islam terbesar di negara ini, Muhammadiyah mengumumkan bulan Ramadan bermula esok.

“Muhammadiyah menetapkan awal puasa jatuh pada 28 Jun 2014 kerana pada dasarnya menurut kiraan hakiki dengan kriteria wujudnya hilal.

“Awal Ramadan akan berbeza lagi tetapi lebaran (Aidilfitri) kemungkinan serentak,” kata Setiausaha Pengurus Wilayah Muhammadiyah Jawa Timur, H. Nadjib Hamid.

Nahdlatul Ulama pula dalam kenyataan kepada akhbar The Jakarta Post hari ini mengumumkan umat Islam akan mula berpuasa pada hari Ahad.

Di Padang, Sumatera Barat pula, sebanyak 5,000 anggota organisasi Islam, Naqsabandiyah mula berpuasa hari ini.

Setiausaha Naqsabandiyah Sumatera Barat, Edison berkata, perkiraan permulaan Ramadan ditetapkan berdasarkan formula hisab munjib iaitu 1 Ramadan setiap tahun ialah 360 hari selepas awal Ramadan tahun sebelum itu.

“Kalendar inilah yang diajar oleh guru-guru kami sejak bertahun lalu. Justeru, kami akan mula solat terawih semalam (Khamis),” katanya lagi.

Sementara itu, Kementerian Agama Indonesia akan mengadakan sidang isbat (penetapan) awal Ramadan pada pukul 4 petang ini.

Sidang isbat kali ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana ia tidak lagi disiarkan secara langsung, sebaliknya, kementerian itu akan mengumumkan hasil keputusannya sebaik berakhir perbincangan.

Setiap kali berlangsung sidang isbat awal Ramadan dan awal Syawal, Kementerian Agama akan mengundang seluruh organisasi masyarakat Islam untuk membuat penepatan sambutan dua bulan penuh kemuliaan bagi umat Islam itu.

Berita Berkaitan

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Ini sebenarnya hukum berselawat kepada Rasulullah SAW

APAKAH hukum berselawat kepada Baginda Rasulullah SAW? Kelihatan pada zahirnya ia adalah zikir biasa...

Besar ganjaran menanti 10 malam pertama Zulhijjah… rugilah sesiapa tak rebut peluang ini

BULAN Zulhijjah yang disamput pada kali ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun terdahulu kerana kebiasaannya...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...