Muhyiddin Di Janjikan Jawatan PM Oleh Mahathir - pakdin.my

muhyiddin najib mahathir

“Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digantikan kerana beliau gagal dalam tugasannya selain bercanggah dengan konsep tanggungjawab kolektif yang merupakan asas kepada kabinet kerajaan.

Beliau sebaliknya secara sengaja cuba menghasut ahli-ahli parti untuk menjatuhkan Perdana Menteri hanya berdasarkan dakwaan-dakwaan yang telah terbukti palsu”.

Itu kata kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Shariffuddin Tengku Ahmad merujuk artikel temubual Muhyiddin dengan agensi berita Reuters dengan mendakwa beliau digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana menuntut penjelasan Najib pada pertengahan 2015 berhubung deposit dana US$681,000,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri.

Muhyiddin dalam temubual itu mendakwa bahawa beliau sejak 2014 telah berkali-kali menyuarakan kebimbangannya berhubung salah laku dan rasuah membabitkan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), namun bantahannya sentiasa ditolak.

Malah beliau turut memberi amaran kepada kepimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) supaya menjatuhkan Najib yang dakwanya adalah liabiliti jika tidak mahu kalah pada pilihanraya akan datang.

Keadaan juga dakwanya semakin teruk dan Najib perlu segera digantikan.

Sebaliknya, Shariffuddin menjelaskan bahawa amaran Muhyiddin yang menjadi sebahagian daripada Kempen Anti Najib oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibuat kerana telah dijanjikan jawatan Perdana Menteri dengan pemahaman bahawa beliau akan mendidik dan menyerahkannya kepada anak Tun Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sehubungan itu, Shariffuddin menegaskan bahawa Muhyiddin dengan berkelakuan sedemikian tidak berhak dan perlu mengeluh apabila karier politik beliau menemui jalan penamat kerananya.

Najib kata Shariffuddin, sebelum ini sentiasa menyokong kepimpinan parti dan tidak pernah mencabar mana-mana rakan sekerja semasa pendakian politiknya untuk berada di kedudukan sekarang.

“Perdana Menteri telah dipilih secara demokrasi oleh rakyat untuk memimpin Kerajaan. Adalah menjadi hak beliau mengikut undang-undang di bawah Perlembagaan untuk merombak kabinetnya apabila perlu,” katanya.

Untuk rekod, persoalan sumber dana dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri telah disahkan sendiri oleh Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir bahawa ianya adalah sumbangan dari kerabat Diraja negara itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sebelum ini telah mengesahkan bahawa dana itu tidak datang daripada 1MDB malah siasatan lanjut oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai 5 ahli parlimen pembangkang dan dibentangkan di parlimen pada 7 April lalu juga telah membebaskan Perdana Menteri dari sebarang salah laku.

————————————-

Laporan PAC, 1MDB: Muhyiddin ternyata banyak berbohong

 14 APRIL: Jelas sekali bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin banyak melakukan pembohongan apabila seringkali beliau mendakwa tidak tahu, tiada maklumat, tidak pernah diberi taklimat dan tidak faham mengenai 1MDB.

Ini kerana mana mungkin selepas membuat pendakwaan tersebut Muhyiddin mampu mengeluarkan 17 hujah mengenai 1MDB.

muhyiddin n puad 1mdb

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi segala persoalan yang dibangkitkan oleh Muhyiddin ternyata bercanggah dengan apa yang dilaporkan oleh PAC.

Malah ia sekaligus telah menjeratkan diri Muyiddin sendiri apabila yang turut menyokong dan meluluskan penubuhan 1MDB pada 2009 disaat beliau masih berada dalam kabinet dan antara Ahli parlimen yang meluluskan ketika pembentangan Bajet 2010.

Berikut kenyataan penuh Puad Zarkashi….
https://www.bnbbc.my/laporan-pac-1mdb-muhyiddin-ternyata-banyak-berbohong/


Arab Saudi ulang sahkan memang beri sumbangan

15 APRIL : Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir pada Khamis mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memang datang daripada negara itu.
pm dan jubeir

“Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.
“Justeru, setahu kami, isu itu ditutup,” katanya kepada wartawan Malaysia.

UTAMAPOLITIKMuhyiddin Di Janjikan Jawatan PM Oleh Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium