Muhyiddin Didesak Letak Jawatan

IPOH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletak jawatan sebagai Presiden parti itu.

Ketua Pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar berkata, desakan itu dibuat oleh sebahagian besar daripada 24 Bahagian PPBM di Perak setelah mendapati Muhyiddin bertanggungjawab di atas segala kepincangan yang berlaku dalam PPBM di peringkat kebangsaan dan Perak.

Menurutnya, ini kerana Muhyiddin tidak pernah ikhlas kepada Pengerusi parti, Tun Dr. Mahathir Mohamad, penyokong dan pendokong parti.

Katanya, Presiden PPBM itu sepanjang masa menangguk di air yang keruh dengan mengambil kesempatan di atas populariti Tun Mahathir bagi mencatur parti.

“PPBM Perak memberi tempoh seminggu kepada beliau supaya memberikan respon terhadap desakan kami ini.

“Jika masih tiada apa-apa respon daripada beliau, kami iaitu lebih daripada separuh ahli dan pemimpim PPBM Perak akan meletak jawatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Loading...

57 COMMENTS

  1. Kahkahkah..blom apa2 lagi dh carca merba pati bunger ni..dah mmg pati anak beranak ko masok watpa midin oii..DAPig anak beranak..PKR pn anak beranak..PAN anjing anak beranak..jahanam lah korg macai2 kikiki..

  2. Kahkahkah..blom apa2 lagi dh carca merba pati bunger ni..dah mmg pati anak beranak ko masok watpa midin oii..DAPig anak beranak..PKR pn anak beranak..PAN anjing anak beranak..jahanam lah korg macai2 kikiki..

  3. ini semua percaturan politik melayu, kiri cucuk kanan cucuk, atas ampu bawah jilat, tiada kesudahannya, orang melayu terlalu ramai yg pintar, tapi yg hairannya Lim Guan Sing seorangpun tak pernah gentar, itulah tabiat orang melayu berpolitik, selongkar sana, bongkar sini, hasilnya rumah yg kecil inipun tidak terurus. kerana terlalu tamak dan rakus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here