“Kepimpinan yang ada sekarang ini telah ditentukan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu”.
Itu kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut mengingatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak lagi hidup dalam nostalgia bahawa beliau sebelum ini dipilih sebagai calon Presiden UMNO.
“Saya hormati apa yang beliau lontarkan dan saya juga hormati perasaan beliau, kita tidak perlu bernostalgia untuk perkara yang tidak menjadi realiti.
“Apa yang perlu diterjemahkan adalah melihat dokongan yang diterima sewaktu kita berada di dalamnya,” kata Zahid selepas merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan 2015 di ibu negara, Ahad.
Semalam dalam satu majlis di Johor, Muhyiddin mengaku bahawa beliau merupakan individu pertama yang mendesak Najib menerima jawatan Perdana Menteri ketika proses peralihan kuasa selepas PRU 12.
Dalam waktu sama, beliau juga mendakwa turut disarankan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.
Zahid yang kini Timbalan Perdana Menteri menambah bahawa mana-mana individu yang merasakan dirinya layak menggantikan Datuk Seri Mohd Najib Razak, boleh bertanding merebut jawatan tersebut.
“Kalau ada mana-mana individu yang merasakan seseorang itu harus berada di tampuk kepimpinan, orang itu boleh menawarkan diri dan boleh membuktikan mana-mana individu itu layak,” tambahnya.
Zahid bagaimanapun menyeru rakyat agar terus menyokong kepimpinan Najib kerana Presiden UMNO itu sebelum ini dipilih secara telus oleh rakyat sebagai pemimpin mereka.
Muhyiddin diingatkan ‘jangan hidup dalam nostalgia lama’ – pakdin.my 2015-10-26 12:50:10 https://t.co/sVPJtcAzpd
Muhyiddin diingatkan ‘jangan hidup dalam nostalgia lama’ https://t.co/yHbbk7E1gB https://t.co/qGsf2LvwrY
Muhyiddin diingatkan ‘jangan hidup dalam nostalgia lama’: “Kepimpinan yang ada sekarang ini telah ditentukan o… https://t.co/MiEydU7sN2
Muhyiddin diingatkan ‘jangan hidup dalam nostalgia lama’ https://t.co/D2EGJoBZkS
Sirap Lengkong liked this on Facebook.
Mohd Hisam Ismail liked this on Facebook.
Muhyiddin diingatkan ‘jangan hidup dalam nostalgia lama’: “Kepimpinan yang ada sekarang ini telah ditentukan o… https://t.co/v7r5jtl7LE
Muhyiddin diingatkan ‘jangan hidup dalam nostalgia lama’: “Kepimpinan yang ada sekarang ini telah ditentukan o… https://t.co/vR5YqS6pqu
Azmi Haron liked this on Facebook.
Rusdi Ojan liked this on Facebook.
Sudahlah Zahid. Kamu tu pun dilantik sebagai TPM hanya selepas TSM dipecat. Kalau tidak belum tahu pun dapat TPM. Bersyukurlah dapat pun. Tambahan pula dapat menteri KDN. Bolehlah guna dan tunjuk kuasa. Jadilah ahli politik yang berintegriti, beramanah dan memegang 4 sifat Rasulullah. Masyarakat pandang mulia dan tuhan pun sayang. Maafkan saya kata baru dapat TPM secara lantikan dari bukan Timbalan Presiden dah nak tunjuk kuasa. Kalau komen saya ini kena tindakan tak tahulah saya.
Legasi Melayu Kini liked this on Facebook.