28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, March 1, 2021

Muhyiddin hargai sokongan Abdul Hadi, ahli parlimen PAS kepada PN

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin amat menghargai sokongan dan dukungan yang diberikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ahli Parlimen PAS kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menerusi catatan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya, Muhyiddin memaklumkan beliau hari ini menghadiri sesi ramah mesra bersama ahli Dewan Rakyat dan Senator PAS di Parlimen.

“Saya juga amat berterima kasih kepada pimpinan PAS yang menyambut baik penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Muafakat Nasional,” katanya.

Turut dimuat naik dalam catatan itu, lima keping gambar Muhyiddin bersama Abdul Hadi serta ahli Dewan Rakyat dan Senator PAS.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.