Muhyiddin hendak bohong apa lagi malam ini? - pakdin.my

muhyiddin-kelab-sultan-sulaiman-bohong-1

1. Khabarnya Muhyiddin hendak memberi ucapan pada 7 Disember di Kelab Sultan Sulaiman kerana tidak dibenarkan berucap di dalam Mesyuarat Agung UMNO. Apa lagi yang hendak dibohongi Muhyiddin ?

2. Adakah Muhyiddin hendak memberitahu hanya dia seorang saja yang berani bercakap tentang ‘penyelewengan’ 1MDB? Sedarkah Muhyiddin bahawa Mahathir sendiri sudah mengakui bahawa segala tuduhan dan dakwaan yang dibuat, dilakukan TANPA BUKTI dan hanya berdasarkan andaian semata-mata.

3. Adakah Muhyiddin mahu mengatakan Islam membenarkan umatnya menuduh seseorang tanpa bukti dan hanya bersandarkan andaian semata-mata?

4. Atau adakah Muhyiddin hendak bercakap bahawa wang RM2.6 bilion itu hasil penyelewengan dana 1MDB? Adakah Muhyiddn sedar bahawa pada 3 dan 5 Ogos, SPRM secara jelas menyatakan wang tersebut bukan dari sumber 1MDB dan adalah daripada penderma berdasarkan 4 dokumen yang diserahkan kepada Bank Negara dan perbualan SPRM sendiri dengan penderma.

5. Muhyiddin telah membuktikan yang dia GAGAL bercakap benar dan GAGAL mengemukakan bukti pemyeleqengan Najib dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

6. Adakah dia mahu bercakap mengenai ‘hak’ berucap di dalam mesyuarat agung tahunan UMNO? Bukankah sebagai Timbalan Presiden dia sepatutnya lebih faham aturan mesyuarat? Sepatutnya dia faham bahawa dalam aturan mesyuarat agung tahunan UMNO Malaysia, peranan untuk merasmikan persidangan sayap UMNO Malaysia dan berucap semasa sesi penggulungan BUKAN hak Timbalan Presiden sebaliknya hanya diberi di atas ehsan Presiden dan Majlis Tertinggi semata-mata.

7. Bukankah sebagai Timbalan Presiden dia sewajarnya sudah faham bahawa dalam Mesyuarat Agung UMNO, selain Presiden yang memberikan ucapan dasar dan pegawai yang membentang peringatan dan laporan aktiviti dan kewangan, hanya pembawa usul, pencadang, penyokong dan jurucakap yang membahaskan usul sahaja yang dibenarkan bercakap; dan hanya Presiden sahaja yang sebenarnya berhak menggulung?

8. Sudah dua kali rakyat dan ahli UMNO dibohongi. Perlukah ke KSS malam ini? Tidak perlu, melainkan jika anda mahu dibohongi dan diperbodohkan berulang kali.

UTAMAPOLITIKMuhyiddin hendak bohong apa lagi malam ini?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium