24.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Bangunan Perdana Putra, pagi tadi.

Menurut satu sumber Umno, bagaimanapun perjumpaan itu tidak dihadiri presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, pertemuan dengan ketua-ketua parti itu diadakan pada pukul 9.30 pagi sebelum mesyuarat khas kabinet yang dijadual 10.30 pagi hari ini.

“Kesemua ketua parti termasuk Sabah dan Sarawak hadir ke pertemuan pagi tadi.

“Cuma Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Zahid memberitahu The Star bahawa dia tidak datang kerana mengalami sakit perut dan Setiausaha Agung BN, Annuar Musa mewakilinya dalam pertemuan itu.

Sementara itu, satu lagi sumber memberitahu yang Zahid menukar keputusan untuk tidak hadir pada saat-saat akhir pada pagi ini.

“Sememangnya beliau dijadualkan hadir pada mesyuarat pada pagi ini, namun beliau menukar fikiran pada saat-saat akhir atas keputusan peribadi,” kata sumber tersebut.

Terdahulu, Muhyiddin tiba di Bangunan Perdana Putra, kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

Sementara itu, Bernama melaporkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilihat memasuki bangunan Perdana Putra, pagi tadi.

Malam tadi, menteri kabinet mengadakan pertemuan tidak rasmi di rumah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara setelah Yang Di-Pertuan Agong menolak memberi perkenan untuk mengisytiharkan darurat.

Sumber kerajaan mengesahkan bahawa semua menteri hadir dalam pertemuan yang diadakan beberapa jam selepas Yang Di-Pertuan Agong secara rasmi menolak permintaan darurat oleh Muhyiddin yang dikemukakan pada Jumaat lalu.

Mesyuarat bermula sekitar jam 9 malam dan berakhir sekitar jam 11 malam.

 

SumberMKINI

Berita Berkaitan

Peja tumbang kerana beberapa perkara tidak disenangi UMNO – Najib Razak

Penunggang Agama (PAS) dan Penunggang Bangsa (PPBM) mula membuat propaganda UMNO mengkhinati bangsa kerana...

Peja ucap terima kasih dan “I Miss You Guys” khusus kepada rakan dalam kerajaan PH

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menyampaikan penghargaan khusus kepada Pakatan Harapan (PH) selepas...

MB Perak tumbang, kalah usul undi percaya

Usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang diadakan di Dewan...

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...