Muhyiddin kalah undi tidak percaya jika lantik Zahid dalam Kabinet kata Tun Abdul Hamid - pakdin.my

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan kalah undi tidak percaya dan kerajaan Perikatan Nasional bakal tumbang jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diberi jawatan dalam Kabinet.

Kebimbangan itu dilontarkan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dalam tulisan terbaharunya di laman blog.

Bukan itu sahaja, malah Abdul Hamid percaya orang ramai yang menyokong kerajaan PN termasuk beliau sendiri akan menarik balik sokongan mereka, dan berkecuali.

“Mereka akan mengambil sikap “mampus pi lah” kerana mereka telah terlalu bosan dengan ahli politik yang hanya menjaga perut masing-masing,” katanya di laman blog tunabdulhamid.my.

Abdul Hamid menasihatkan 10 perkara yang perlu diberi perhatian oleh para pemimpin Perikatan Nasional trmasuk jangan mengulangi kesilapan UMNO serta Pakatan Harapan.

Beliau berkata, Muhyiddin dan pemimpin parti-parti komponen hendaklah bertegas dalam hal ini kerana, katanya, lebih baik tumbang semasa melakukan sesuatu yang betul, bukan kerana melakukan sesuatu yang salah.

“Jika UMNO berkeras menghendaki DS Zahid menjadi Menteri atau TPM dan mengugut keluar PN, biarkan UMNO keluar, biarkan PN tumbang. UMNO akan dikutuk oleh orang Melayu dan mati tak berkubur. Percayalah.

“Dalam ucapan pelantikan saya sebagai Ketua Hakim Negara pada 11 12 2007, antara lain, saya berkata:

“Saya sedar bahawa, jika Allah SWT melanjutkan usia saya sekalipun, tempoh untuk saya memegang jawatan Ketua Hakim Negara ini adalah amat singkat. Tetapi, jika, dengan takdir Allah SWT saya memegang jawatan ini hanya sehari sahaja pun, dalam masa satu hari itu, saya berazam untuk melakukan apa yang saya, dengan jujur, fikir adalah betul, sehabis baik yang saya boleh lakukan. Sama ada sehabis baik saya itu cukup baik atau tidak terserahlah kepada orang ramai untuk  menghakiminya.

“Mungkin ada pengajaran yang boleh diambil daripadanya.”

Sumber:
PESANAN KEPADA KERAJAAN PN: WALAUPUN KEKAL SEHARI, BUAT YANG BETUL

UTAMAPOLITIKMuhyiddin kalah undi tidak percaya jika lantik Zahid dalam Kabinet kata Tun...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium