33 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 26, 2021

Muhyiddin Lancar Logo Perikatan Nasional?

😅 Kalau macam itu rupanya, lebih baik guna bendera Barisan Nasional. Macam terdesak sangat.

Kota Kinabalu – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan telah melancarkan logo Perikatan Nasional (PN) sebentar tadi.

Berdasarkan gambar yang dikirimkan kepada SuaraTV sebentar tadi, logo baharu PN itu hanya mengunakan warna biru tua sebagai warna latar beserta tulisan putih Perikatan Nasional.

Melalui gambar tersebut turut kelihatan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang memegang logo baharu PN itu.

Terdahulu sumber dalaman Bersatu memaklumkan majlis perlancaran itu terpaksa di batalkan kerana masih belum mencapai kata sepakat antara pimpinan parti tempatan.

“Batal, masih ada perkara yang belum dipersetujui,” katanya ringkas sebentar tadi.

Pihak media sebelum ini turut menerima makluman berhubung program perlancaran tersebut sebelum dikatakan di batalkan di saat akhir.

“29 Ogos 2020 / Sabtu, Jam 2.00 petang. Menandatangani Persetujuan Penggunaan Simbol Perikatan Nasional (PN) bagi PRN Sabah,” memetik makluman jemputan tersebut. – SuaraTV

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.