25.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Muhyiddin, Pemimpin BN Ucap Takziah Kepada Anggota Keluarga #MH370

MH370-Muhyiddin-takziah

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Muhyiddin berkata, berita tersebut amat mendukacitakan dan beliau berasa amat sedih dengan tragedi yang berakhir dengan 239 nyawa terkorban.

“Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan ahli keluarga yang tertunggu-tunggu apakah nasib penumpang pesawat itu sebaik sahaja menerima berita ini.

“Semoga Allah memberi ketabahan dan kekuatan kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370 untuk mengharungi cubaan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Muhyiddin berkata, seluruh dunia berkongsi kesedihan anggota keluarga dan rakyat Malaysia serta semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Marilah kita hadiahkan Al-Fatihah kepada penumpang Islam yang terkorban dan bertafakur untuk yang bukan Islam. Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Takziah,” kata Muhyiddin.

Sementara itu, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berkata beliau begitu sedih dengan nasib pesawat Penerbangan MH370, yang hilang daripada skrin radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Beliau berkata, keadaan ini jelas satu tempoh yang begitu mencabar dan sukar bagi anggota keluarga penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370 dan mereka sentiasa dalam ingatan dan doa setiap anggota Gerakan dan rakyat Malaysia.

“Usaha perlu dilakukan untuk merungkai misteri kehilangan MH370 supaya anggota keluarga penumpang dan anak kapal mendapat penjelasan yang diperlukan dan langkah-langkah-langkah pemulihan perlu dilaksanakan bagi memastikan tragedi seumpama ini tidak berulang,” katanya.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...