Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berada dalam keadaan terdesak apabila mahu bekerjasama dengan PAS bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata tindakan itu jelas menunjukkan Muhyiddin mahu membalas dendam selepas digugurkan timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet, Julai tahun lepas.
“Dulu dia pemimpin UMNO yang totok, kononnya memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu serta sanggup menentang sesiapa sahaja yang menentang parti.
“Tetapi hari ini dia, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir merupakan pengkhianat besar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan Negara peringkat Parlimen Padang Rengas, Sabtu.
Pada Jumaat, Muhyiddin dalam satu majlis di Muar, Johor mendakwa mendapat komitmen daripada PAS untuk membentuk blok pembangkang baharu dalam usaha menewaskan BN pada PRU14 akan datang.
Nazri, yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, berkata rakyat kini semakin bijak dan tidak mudah untuk mempercayai dakwaan Muhyiddin bahawa PPBM mendapat sokongan PAS.
“Saya tidak menyalahkan PAS kerana orang yang bercakap lidah bercabang, saya percaya PAS pun tak sokong dia (Muhyiddin), kalau PAS ambil dia pun akan mendatangkan mudarat dan rakyat tidak akan percaya,” katanya.
Ditanya mengenai tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Salleh meninggalkan UMNO setelah dilantik sebagai setiausaha agung PPBM, Nazri berkata:”Beliau juga makan dedak dari Muhyiddin”.
Menurut Nazri, Shahruddin juga berada dalam keadaan terdesak kerana bimbang jika tidak dicalonkan dalam PRU14.
“Mereka yang keluar parti dan menyertai parti lain setelah menang bertanding atas tiket BN adalah pengkianat.
“UMNO sebagai pendekar, kita tidak tikam dari belakang dan gigit tangan orang yang beri kita makan,” katanya.
Muhyiddin Semakin Terdesak Dambakan Bantuan PAS https://t.co/lJX62RnyRY
Muhyiddin Semakin Terdesak Dambakan Bantuan PAS https://t.co/PxuH0tTxYO
Muhyiddin Semakin Terdesak Dambakan Bantuan PAS https://t.co/dV8rNcT1qO
Muhyiddin Semakin Terdesak Dambakan Bantuan PAS https://t.co/e9GowrUyFs
Muhyiddin Semakin Terdesak Dambakan Bantuan PAS: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhy… https://t.co/S0zwutxmfV
Muhyiddin Semakin Terdesak Dambakan Bantuan PAS: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhy… https://t.co/nKVGkvOeZp
Shah Rezza liked this on Facebook.
Perenang Lumpur liked this on Facebook.
Mohd Syaiffrudin Kama liked this on Facebook.
Johan Jonh liked this on Facebook.
Putra Ciko liked this on Facebook.
Yakskin Azzuro liked this on Facebook.
Amrullah Bin Abdul Hamid liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.
Mardiah Binti Sabri liked this on Facebook.
Nadzri Hamzah liked this on Facebook.
Pokcik Bambino liked this on Facebook.
Maxmilan Juka Nisir liked this on Facebook.
Kay Maria liked this on Facebook.
Muhammad Suffian liked this on Facebook.
Mox Erruzze Eusope liked this on Facebook.
Abu Man liked this on Facebook.
Din Tenang Kg liked this on Facebook.
Syed Amiruddin Al-Habshee liked this on Facebook.
Ahmad Nawawi M Zin liked this on Facebook.
Fiz Hafiz liked this on Facebook.
Winboss Kerek liked this on Facebook.
Amatz Sofinas liked this on Facebook.
Ab Wahab Omar liked this on Facebook.
Mat Bery liked this on Facebook.
Mohd Khairi Abd Manaf liked this on Facebook.
Aca Aszrin liked this on Facebook.
Azita Azora Sha liked this on Facebook.
Semerah Padie liked this on Facebook.
Man Ringgo Kamaruszaman Ibrahim liked this on Facebook.
Kamaruszaman Hj Ibrahim Manringgo liked this on Facebook.
Muhd Syahid Hasni liked this on Facebook.
Shaari Ari liked this on Facebook.
Returnagainla Peryplatipuss liked this on Facebook.