Muhyiddin : Tender Untuk Projek Langat 2 Bulan Depan – Kepentingan Pengguna Bukan Politik @Khalid_Ibrahim - pakdin.my

Kerajaan Persekutuan akan meneruskan dan mengeluarkan tender bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2 menjelang bulan depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, jawatankuasa itu telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji peruntukan undang-undang bagi mempercepatkan projek bernilai RM8.65 bilion itu diteruskan sekiranya mereka gagal untuk mendapatkan kebenaran daripada kerajaan negeri untuk memulakan pembinaan.

Keadaan (bekalan air) kini kritikal. Jawatankuasa ini berpendapat bahawa kita mesti meneruskan Langat 2,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa itu di sini.

Beliau turut berkata, kerajaan negeri Selangor tidak terus dengan rancangannya untuk mengambil alih pemegang konsesi air Syabas kerana isu-isu substantif dan prosedur.

Muhyiddin berkata, mereka dinasihatkan bahawa rancangan kerajaan negeri tidak boleh dipertimbangkan kerana tidak memenuhi beberapa terma yang digariskan dalam perjanjian konsesi.

++++++

Kerajaan Tolak Cadangan Selangor Ambil Alih Syabas, Kata Muhyiddin

Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu-isu Air Selangor Isnin menolak cadangan kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu berkata soal pengambilalihan Syabas tidak boleh dilakukan kerana kerajaan negeri Selangor tidak mematuhi beberapa perkara dalam perjanjian konsesi, termasuk membenarkan kenaikan tarif air.

“Ini tidak boleh dipertimbangkan kerana ada beberapa perkara yang substantif dan (membabitkan) prosedur yang tidak boleh dipenuhi kerajaan negeri Selangor dan Syabas.

“Kita akan meminta pandangan muktamad daripada Peguam Negara dan Peguam Negara akan membuat keputusan muktamad,” katanya pada sidang media di sini.

Hadir sama pada mesyuarat hari ini ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Idris Jala.

UTAMABERITAMuhyiddin : Tender Untuk Projek Langat 2 Bulan Depan - Kepentingan Pengguna...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium