25 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Muhyiddin tunai umrah, mengadap Raja Salman SECARA MAYA di Arab Saudi

Perdana enteri Muhyiddin terbang ke sana untuk menunaikan umrah dan mengadakan pertemuan SECARA MAYA menggunakan Zoom dengan Raja Arab Saudi.

Mungkin caj internet lebih murah jika mesyuarat SECARA MAYA menggunakan aplikasi Zoom diadakan berdekatan antara satu sama lain diantara peserta 😂
————————–
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berlepas ke Arab Saudi untuk lawatan rasmi sulung beliau ke Asia Barat.

Muhyiddin, dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau berkata lawatan itu adalah bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, yang juga penjaga dua masjid suci.

“Insya-Allah, saya akan menunaikan umrah di tanah suci Makkah dan melakukan ziarah di Madinah terlebih dahulu sebelum memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah di Riyadh, pada 9 Mac ini.

“Selain menghadap Raja Salman (SECARA MAYA), saya dijadual mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Beliau berkata lawatannya itu cukup signifikan kerana antara lain akan membincangkan pelbagai usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka kerjasama baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan dan hal ehwal Islam yang mampu melonjakkan hubungan baik sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

Katanya perihal mengenai kuota haji dan urusan umrah juga tidak ketinggalan akan dibincangkan pada pertemuan itu kelak.

“Dari Arab Saudi, Insya-Allah saya akan terus ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk bertemu Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum,” katanya. – Bernama

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.