Mujur Temasik Holding Yang Rugi, Kalau 1MDB… - pakdin.my

20160923-temasek-holding-rugi

Dalam krisis ekonomi global yang melanda dunia hari ini, tidak ramai yang mengetahui bahawa, syarikat pelaburan antarabangsa milik kerajaan Singapura, Temasik Holding, sebenarnya menanggung kerugian yang amat tinggi. Memetik artikel yang dilaporkan oleh Utusan Online hari ini, Temasik Holding mencatatkan kerugian S$24 bilion (RM73 bilion) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu.

Melihat kepada kerugian ini, timbul persoalan, bagaimana kerajaan Singapura menutup kerugian ini? Sebenarnya, kerugian ini dilihat kurang mendapat liputan meluas media antarabangsa seperti mana yang diterima oleh syarikat-syarikat lain termasuk dari Malaysia. Bagi kerajaan Singapura, andai kerugian ini terdedah kepada umum, ianya akan mencemarkan nama kerajaan Singapura mahupun Temasik Holding.

Menurut laporan dalaman itu lagi, Temasek mengalami pengurangan nilai portfolio bersih daripada S$266 bilion (RM806 bilion) kepada S$242 bilion (RM733 bilion), menyebabkan pulangan pemegang kepentingan GLC itu berkurangan 9.02 peratus.

Menurut laporan States Times Review, tiada ulasan lanjut diberikan oleh Temasek menerusi laporan tahunan syarikat itu, sebaliknya hanya menyalahkan ketidaktentuan pasaran sebagai punca syarikat berkenaan me­ng­alami penyusutan nilai asetnya.

Menariknya, tiada seorang pun rakyat Singapura bangkit untuk mengadakan demonstrasi mahupun mengadakan kempen untuk mendakwa Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Bayangkan, jika kerugian sebanyak ini dicatatkan oleh 1MDB atau mana-mana agensi yang melibatkan kerajaan. Pastinya pelbagai demo dan gerakan dianjurkan untuk menjatuhkan Datuk Seri mohd Najib.

Pasti akan muncul hero-hero jadi-jadian dijalanan yang memberikan andaian mengikut kefahaman mereka sendiri tanpa berlandaskan pada mana-mana fakta. Mereka akan giat menaburkan pelbagai fitnah dan lebih malang lagi, ada diantara rakyat Malaysia yang akan mudah terpengaruh dengan dakyah dan fitnah yang mereka taburkan.

Sebenarnya, kerugian yang dicatatkan Temasik ini kebanyakannya berkisar kepada susut nilai pelaburan luar mereka. Ini menjadikan Temasik terpaksa menanggung sebarang kerugian andai pasaran global menunjukkan kelemahan. Kerajaan Singapura pula secara langsung akan tampil membantu membangunkan Temasik yang di ketuai oleh isteri Hsien Loong, Ho Ching.

UTAMAEKONOMIMujur Temasik Holding Yang Rugi, Kalau 1MDB…

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium