24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 20, 2021

Mukhriz bergegas tinggalkan majlis di Kampung Berjaya

mukriz-minta - ditukar-oleh-15 bahagian-kedah

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bergegas meninggalkan majlis dihadirinya di Kampung Berjaya, di sini, sebentar tadi sejurus menerima maklumat berhubung sidang media khas diadakan kepimpinan UMNO Kedah, yang menyatakan hilang percaya terhadap kepemimpinan beliau.

Tindakan Mukhriz itu menyebabkan wartawan yang membuat liputan sempena majlis anjuran Giant Eden Sdn Bhd itu, terpinga-pinga apatah lagi rata-rata mereka memang menunggu untuk mendapatkan reaksi beliau mengenai pengumuman tergempar ketika sidang akhbar terbabit.

Berdasarkan maklumat, Mukhriz dikatakan bergegas ke pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini dan kini satu mesyuarat sedang diadakan dipercayai mempunyai kaitan dengan isu terbabit.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, dalam sidang media bersama barisan kepemimpinan UMNO negeri, menyatakan hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.