Mukhriz bergegas tinggalkan majlis di Kampung Berjaya - pakdin.my

mukriz-minta - ditukar-oleh-15 bahagian-kedah

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bergegas meninggalkan majlis dihadirinya di Kampung Berjaya, di sini, sebentar tadi sejurus menerima maklumat berhubung sidang media khas diadakan kepimpinan UMNO Kedah, yang menyatakan hilang percaya terhadap kepemimpinan beliau.

Tindakan Mukhriz itu menyebabkan wartawan yang membuat liputan sempena majlis anjuran Giant Eden Sdn Bhd itu, terpinga-pinga apatah lagi rata-rata mereka memang menunggu untuk mendapatkan reaksi beliau mengenai pengumuman tergempar ketika sidang akhbar terbabit.

Berdasarkan maklumat, Mukhriz dikatakan bergegas ke pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini dan kini satu mesyuarat sedang diadakan dipercayai mempunyai kaitan dengan isu terbabit.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, dalam sidang media bersama barisan kepemimpinan UMNO negeri, menyatakan hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.

UTAMAPOLITIKMukhriz bergegas tinggalkan majlis di Kampung Berjaya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium