25.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Mukhriz cabar Muhyiddin jawatan presiden PPBM

Mukhriz Mahathir akan mencabar Muhyiddin Yassin bagi jawatan presiden PPBM pada pemilihan parti bulan depan.

Muhyiddin yang juga perdana menteri akan dicabar oleh Mukhriz yang juga timbalan presiden PPBM dan seorang lagi calon lain.

Jawatan presiden parti itu bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru apabila Timbalan Ketua Bahagian PPBM Cheras Mohd Faiz Azlee Sham menawarkan diri bertanding.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PPBM, Syed Hamid Albar dalam sidang media di ibu pejabat PPBM di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya hari ini.

Nama Mukhriz dicadangkan abangnya, Mokhzani Mathir, dan disokong oleh Setiausaha Agung PPBM Marzuki Yahya.

Sementara nama Muhyididn pula dicadangkan oleh Abu Bakar Mohamed dan disokong Tahir Mohd Taat.

Sementara itu, jawatan timbalan presiden pula turut menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Marzuki; Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dan seorang lagi calon Ahmad Akashah Nazri yang merupakan timbalan ketua Pemuda PPBM Selangor.

Pencalonan Marzuki dicadangkan oleh Mukhriz, dan disokong oleh pengerusi PPBM sendiri, Dr Mahathir Mohamad.

Pencalonan ditutup jam tiga petang tadi.

Dalam pada itu, Dr Mahathir Mohamad menang tanpa bertanding jawatan pengerusi parti, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Syed Hamid Jaafar Albar.

Bagi jawatan naib presiden PPBM pula, 15 calon menawarkan diri, termasuklah Mohd Radzi Md Jidin, Ronald Kiandee dan Mohd Redzuan Md Yusof.






Berita Berkaitan

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

YDP Agong Tolak Darurat, Shahrir Sindir Muhyiddin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalami kekalahan moral apabila nasihatnya ditolak Yang di-...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas...

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan