Mukhriz letak jawatan kerana hilang sokongan ADUN Kedah : PMO - pakdin.my

jpm-pmo

Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah kerana beliau sudah kehilangan sokongan majoriti daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah.

“Perkara ini disebabkan mereka hilang keyakinan terhadap kepemimpinan beliau, sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, selain mengambil kira persediaan yang perlu dibuat bagi mengekalkan Kedah pada PRU-14,” kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Rabu.

Masalah keyakinan itu adalah kerana kebimbangan terhadap 
persediaan yang lebih baik yang diperlukan untuk mengekalkan Kedah di bawah Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang, kata kenyataan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak juga kata kenyataan itu, memuji UMNO Kedah yang meletakkan kekukuhan parti sebagai keutamaan pasukan bagi menangani cabaran ekonomi dan keselamatan yang dihadapi negara.

“UMNO Kedah sudah menzahirkan sokongan mereka kepada prinsip kesatuan dan disiplin parti itu, yang seterusnya membolehkan parti menunaikan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu apabila Barisan Nasional (BN) diberikan mandat oleh rakyat,” kata kenyataan itu lagi.

Majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah dijadualkan berlangsung jam 10 pagi Khamis selepas Mukhriz pada Rabu pagi mengumumkan meletak jawatan di Alor Setar.

UTAMAPOLITIKMukhriz letak jawatan kerana hilang sokongan ADUN Kedah : PMO

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium