Mukhriz Mahathir dijadual mengadakan sidang jam 10 pagi ini - pakdin.my

mukhriz-sidang-media-letak-jawatan

Kemuncak kemelut politik kepimpinan Kedah yang terdedah sejak sidang media 20 Januari lalu dijangka menemui noktahnya Rabu pagi.

kedah krisisMenteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijadual mengadakan sidang media di Bilik Gerakan Negeri Wisma Darul Aman, jam 10 pagi Rabu selepas difahamkan sudah dimaklumkan keputusan pihak istana Kedah berhubung isu itu.

Jemaah Pemangku Sultan Kedah difahamkan telah membuat keputusan dan berpuashati dengan kenyataan semua 20 ADUN Barisan Nasional (BN) dan 13 ADUN pembangkang yang ditemui pada Isnin dan Selasa bahawa Mukhriz hilang sokongan majoriti.

Pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah enggan memberikan butiran lanjut sekadar meminta pihak media bersedia untuk sidang media itu.

Pihak istana Kedah atau Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri dijangka akan membuat pengumuman mengenai pengganti Mukhriz dalam tempoh terdekat.

Difahamkan bahawa Mukhriz juga telah memanggil semua pegawai khas beliau ke kediaman rasminya pada Selasa malam untuk memaklumkan mereka berhubung keputusan itu.

Sekali gus, kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bahawa 19 ADUN BN sepakat menyatakan pendirian sama iaitu hilang kepercayaan kepada Mukhriz sewaktu pertemuan bersama Najib Ahad lalu tidak mampu diketepikan.

“Jika di soal (Jemaah Pemangku) pendirian kami kekal dan akan dinyatakan nanti….. pendirian ini juga dinyatakan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) semalam,” katanya pada Isnin.

UTAMAPOLITIKMukhriz Mahathir dijadual mengadakan sidang jam 10 pagi ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium