ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengutus surat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bagi memohon ampun dan maaf atas kekhilafan beliau tidak bersalaman dengan baginda, di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang semalam.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Mohd Fisol Jaafar memaklumkan, surat berkenaan diutuskan hari ini kepada Istana Johor.
Menurutnya, Mukhriz telah menyembah maklum kepada baginda bahawa kekhilafan tersebut adalah kerana kealpaan beliau sendiri.
“Ia tidak menggambarkan sifat sopan santun rakyat Kedah Darul Aman,” kata kenyataan itu lagi.
Hari ini, tular video yang menunjukkan Mukhriz enggan menghulur tangan dan bersalaman dengan Sultan Johor dan terus bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah yang berdiri di sebelah kiri Sultan Ibrahim.
Video berdurasi 14 saat itu tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen, dengan pelbagai reaksi termasuk mengecam tindakan itu yang disifatkan biadab. – SH
– TMJ kongsi video dakwa Mukhriz tak salam sultan Johor
– Mukhriz Mahathir mengelak bersalaman dengan Sultan Johor dan TMJ [Video]
Mukhriz Mahathir mengelak bersalaman dengan Sultan Johor dan TMJ [Video]
Tau takut… Hahahaha… padan muka hang
Jangan ego…bila dah tersilap perbuatan atau tutur kata…di bulan Ramadhan penuh barokah ni pergi laa mengadap sultan secara personal minta maaf…itu baru sikap yang terpuji seorang pemimpin…
Hahaha..kan dah kena kutuk…
Kan3 dah kata…..dia terkhilaf.
Kamu tu menteri Besar bukan tukang sapu.Sila lihat contoh tukang sapu di mekah amat mulia Hati mereka hingga kerajaan Arab Saudi anugerahjan pekerja terbaik
Dah tua pun bodoh
Wayang kulit kuat..
Ini bukan cara anak seorang professional