28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Mukhriz Perlu Masa Untuk Menyinar

mukhriz-naib-presiden

Jika dilihat dari komen-komen di laman sosial, Dato’ Mukhriz Mahathir boleh dikatakan antara calon yang paling ‘menyinar’ dalam pemilihan UMNO ini. Sepertimana rakyat Kedah meletakkan harapan ke atas beliau dalam PRU yang lalu, begitulah juga rakyat Malaysia menaruh harapan terhadapnya dalam pemilihan UMNO ini.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa antara sebab kejayaan BN merampas balik Kedah dari PAS sebelum ini adalah faktor Mukhriz . Rakyat Kedah terlalu dambakan perubahan dari segi gaya kepimpinan UMNO dan Mukhriz dilihat sebagai mewakili perubahan itu. Ternyata rakyat Kedah tidak silap.

Perlantikan beliau sebagai Menteri Besar membawa makna yang begitu besar kepada rakyat Kedah di mana permusuhan dan perpecahan antara PAS dan UMNO kian pudar, walaupun masih tidak bersatu.


Walaupun begitu, ada yang merasakan bahawa ‘sinar’ Mukhriz masih belum cukup terang dan masih perlu masa untuk menyerlah. Kekalahan beliau dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO sebelum ini dilihat sebagai bukti yang beliau masih belum cukup bersedia, kalaupun tidak layak. Beliau juga belum pernah memimpin jentera pilihanraya negeri, yakni belum membuktikan apa-apa.

Dengan pengalaman yang begitu terhad, beliau dilihat sebagai bukan ancaman sebenar bagi calon-calon lain yang merebut jawatan Naib Presiden UMNO kali ini.

Kelemahan Mukhriz adalah beliau merupakan anak Tun Mahathir yang menghalang anaknya berpolitik selagi beliau belum bersara. Akibatnya, Mukhriz terpaksa bekerja dua kali ganda bagi menyaingi pemimpin-pemimpin lain walaupun pada hakikatnya beliau bukanlah ‘orang muda’ lagi.

Kelebihan Mukhriz pula ialah beliau bukan seorang ‘pelakon’ sepertimana kebanyakan ahli politik lain dan ini pantas dikesan oleh rakyat. Sikap beliau yang rendah diri dan bersahaja menggambarkan kematangan dan kebijaksanaan yang diwarisi dari bapanya. Beliau cukup kerap mendampingi rakyat dengan masuk ke kampung-kampung hatta bermalam dengan mereka walaupun pada ketika beliau tidak bertanding untuk apa-apa jawatan. Beliau juga telah membuktikan bahawa beliau bukan berbuat semua itu untuk publisiti kerana beliau jarang sekali melibatkan pihak media, rombongan pengiring atau apa-apa protokol dalam tugasnya. Malangnya, kelebihan ini mungkin merupakan ‘kelemahan’ dalam konteks pemilihan UMNO.


Selain itu, Mukhriz juga diketahui cukup kuat berusaha serta melontarkan idea-idea bernas bagi meningkatkan ekonomi bumiputera melalui apa saja platform yang mampu dimilikinya. Sekali lagi, semuanya dikatakan dibuat tanpa publisiti.

Atas dasar ini, kita dapati bahawa kasih sayang rakyat terhadap beliau adalah tulen dan bukan dibuat-buat. Malah rakyat percaya beliau juga benar-benar ikhlas prihatin terhadap mereka.

UMNO hari ini sering melaungkan perubahan atau transformasi. Malangnya, tafsiran perubahan dan transformasi itu adakalanya tidak sama. Ada yang ingin membawa perubahan dari segi keterbukaan terutamanya dalam memperkatakan soal bumiputera dan agama Islam. Ada yang ingin membawa perubahan dari segi memperkasakan kaum minoriti sehingga sama kedudukan dengan majoriti. Seringkali rakyat keliru dengan perubahan yang dilaungkan.

Namun, perubahan yang ingin dibawa oleh Mukhriz adalah jelas iaitu mengenai sikap dan pemikiran ahli-ahli dan pemimpin UMNO sendiri. Inilah yang sangat-sangat didambakan oleh akar umbi dan rakyat keseluruhan yang menyokong UMNO selama ini.

Walaubagaimanapun, di dalam politik hari ini, kasih sayang dan harapan rakyat bukanlah penentu kalah menang seseorang ahli politik. Suka atau tidak, Mukhriz tetap merupakan calon yang ketinggalan dalam pertandingan jawatan Naib Presiden.

Mukhriz bagaimanapun, berpeluang menafikan kenyataan ini jika beliau berjaya memimpin Pilihanraya Kecil Sungai Limau yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Apapun, sebagai pemerhati dan juga rakyat biasa, penulis hanya mampu mendoakan agar kemenangan berada di pihak yang benar dan berhak dalam PRK Sg. Limau mahupun dalam Pemilihan Agong UMNO nanti.

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan