? Mukhriz tergolek, Najib pula yang disalahkan

Lekeh sangat DS Mukhriz Mahathir bila mengatakan DS Najib Razak sebagai watak utama menjatuhkan beliau.

Beliau seorang Menteri Besar dan Timbalan Presiden parti pemerintah yang punya kuasa dan pengaruh telah dijatuhkan secara demokratik oleh Najib Razak – yang tiada kuasa, tiada kedudukan dan akaun dibekukan.

Jika benar ini yang berlaku maka mungkin beliau tidak layak menjadi ahli politik, apatah lagi seorang MB.

Dari Facebook Najib Razak

Sebab apa saya disalahkan apabila pemuda ini hilang kerja?

Sejak PKP bermula, saya cuma #stayathome main FB, main kucing dan makan super ring.

Pemuda ini ada bukti tak bahawa saya terlibat? Sila keluarkan.

Dalam bulan Ramadhan ni pun dia sanggup berbohong macam ni.