Muktamar PAS: Cina Kristian penentang Islam, hudud – Dewan Ulama PAS - pakdin.my

muktamar-pas-2015-dewan-ulama-kristian

Dewan Ulama PAS hari ini menyalahkan Cina Kristian sebagai kumpulan yang melakukan penentangan terhadap usaha parti itu mempertahankan kesucian Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Berucap pada pembukaan Muktamar Dewan Ulama PAS di sini, Timbalan Ketuanya, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh, berkata sejak lebih 10 tahun lalu, tahalus siyasi mampu dipertahankan kerana kaum Cina berpegang kepada agama Buddha.

Namun, katanya, keadaan itu berubah, khususnya dalam politik Malaysia apabila kebanyakan kaum Cina menukar agama kepada Kristian.

Beliau berkata, kini penganut agama Kritian yang baharu telah melakukan penentangan terhadap agenda PAS dalam mempertahankan Islam dan melaksanakan hukum hudud.

“Berlaku perubahan baru dalam suasana politik di Malaysia apabila masyarakat Cina yang dahulunya penganut Buddha menukar agama mereka kepada Kristian.

“Perubahan tersebut mula menyaksikan pertembungan antara PAS dan parti bukan Islam yang rata-ratanya penganut Kristian dan diketahui seteru kepada umat Islam dari zaman berzaman.

“Satu arus baharu berlaku dalam negara kita, arus masyarakat Cina penganut agama Buddha tinggalkan agama mereka mendekati Kristian.

“Ini menyebabkan situasi berubah, tahaluf siyasi dapat dipertahankan lebih daripada 10 tahun ketika masyarakat Cina berpegang pada agama Buddha yang tidak menentang dan mempersoalkan agama Islam.

“Apabila kelompok dalam agama ini mengandaikan Islam mampu membuktikan pelaksanaan dalam membawa keamanan menyebabkan mereka menyerang dengan bermacam-macam situasi supaya Islam tidak dapat dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, PAS mengeluarkan senarai baru AJK Dewan Ulama Pusat Bagi sesi 2015 – 2017. Mereka ialah:

Pengerusi Tetap: Dr Hamdan Mohd
Timb Pengerusi: Ustaz Omar Hashim

Ketua: Datuk Dr Mahfuz bin Mohamad
Timb Ketua: Datuk Dr Nik Mohd Zawawi
Naib Ketua: Datuk Dr Johari bin Mat

AJK

1. Datuk Dr Khairudin Aman Razali
2. Yb Ustaz Nasrudin Hassan
3. Datuk Dr Abu Bakar Abdullah
4. Yb. Ustaz Abdullah Hussin
5. Dr. Azhari bin Ariffin
6. Datuk Haji Hussin Awang
7. Ustaz Mustafa Syaari
8. Ustaz Khir Mutanazzar Ismail
9. Ustaz Nazmi Nik Din
10. Ustaz Zulkifli Ismail
11. Ustaz Mohd Asri Daud
12. Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman

Pemeriksa Kira :
Ibrahim Hj Omar
Hanafi bin Roshan

UTAMAPOLITIKMuktamar PAS: Cina Kristian penentang Islam, hudud - Dewan Ulama PAS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium