Muktamar PAS Dibadai Ribut Kuat, 19 Cedera - pakdin.my

ALOR SETAR: Kemeriahan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS di Kota Sarang Semut di sini bertukar tragedi apabila sekurang-kurangnya 19 orang cedera dan terperangkap dalam runtuhan khemah akibat ribut kuat petang Sabtu.

Berdasarkan laporan awal, empat pengunjung yang menghadiri bazar jualan bersebelahan kompleks itu hilang dalam kejadian tersebut.

Bagaimanapun menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7 malam ketika dianggarkan 3,000 orang berada di lokasi terbabit.

Jelas kenyataan itu, sebuah khemah jenis half-moon berkeluasan 80×200 kaki persegi runtuh akibat dipukul ribut.

“Seramai 13 mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut iaitu tujuh lelaki dan enam wanita.

“Seorang mangsa dirawat di Zon Merah akibat tidak sedarkan diri, sembilan mangsa di Zon Kuning dan tiga lagi mangsa di Zon Hijau di Hospital Sultanah Bahiyah.

“Enam lagi mangsa dirawat di lokasi kejadian kerana hanya mengalami cedera ringan,” tambah kenyataan terbabit.

Beberapa unit jentera bomba bersama 12 anggota dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Unit keselamatan PAS atau Jabatan Amal juga tidak membenarkan orang awam termasuk media untuk memasuki kawasan tersebut bagi memberi laluan kepada pasukan penyelamat menjalankan tugas.

Muktamar kali ini dihadiri bukan sahaja dihadiri oleh perwakilan daripada seluruh negara tetapi ribuan penduduk dan penyokong PAS yang berkunjung ke kawasan jualan bazaar yang diadakan di sekitar kompleks tersebut.

UTAMABERITAMuktamar PAS Dibadai Ribut Kuat, 19 Cedera

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium