Muktamar PAS Terima Kaji Semula Tahaluf Siyasi - pakdin.my

muktamar-pas-lge

Muktamar PAS Sabtu menerima tanpa bahas usul yang dikemukakan Dewan Ulama PAS Pusat yang mahukan parti itu mengkaji, menyemak dan menilai Tahaluf Siyasi (kerjasama politik) dalam Pakatan Rakyat.

Dewan Ulama dalam usulnya berkata ini bagi menilai kekuatan dan kelemahan serta kejayaan dan kegagalan pendekatan Tahaluf Siyasi sepanjang ia berlangsung dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan).

Ia juga bertujuan bagi penambahbaikan dan pengukuhan Pakatan Rakyat untuk lonjakan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Juga diterima tanpa bahas ialah usul daripada PAS kawasan Teluk Intan berkaitan desakan kepada pimpinan Pas Pusat supaya memastikan tidak ada di kalangan pemimpin atau anggotanya di semua peringkat yang menganuti fahaman Syiah.

Muktamar bersetuju menerima usul daripada PAS kawasan Pandan yang mendesak supaya tulisan jawi dimartabatkan sebagai usaha untuk menghidupkan semua warisan penulisan negara.

Usul daripada PAS Kawasan Kuala Kerau bersekali Dewan Muslimat yang mendesak kerajaan untuk menggubal dan meminda Perlembagaan bagi membolehkan undang-undang jenayah Islam menjadi sebahagian undang-undang negara, diterima untuk dibahaskan.

Dalam usul itu juga, kerajaan diminta untuk tidak menyekat pelaksanaan undang-undang jenayah Islam di negeri yang ingin melaksanakannya.

Sementara itu, perwakilan PAS Wilayah Persekutuan meminta kepimpinan PAS Pusat supaya segera menyelesaikan isu kalimah Allah dan persepsi kononnya parti itu tunggangan DAP yang dilihat memberi imej buruk kepada PAS.

Kamaruzaman Mohamad berkata jika pimpinan pusat masih tidak boleh menyelesaikannya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, mereka perlu ditukar dengan barisan kepimpinan yang baharu.

“(Dalam) isu kalimah Allah, Majlis Syura telah keluarkan pendirian dan kenapa tidak dipatuhi, selain isu yang menjadi barah kepada kita iaitu PAS menjadi ‘barua’ kepada DAP.

“Jika pimpinan tak boleh buat, kita ganti dengan orang lain kerana masyarakat termakan dengan isu ini,” katanya ketika membahas ucapan dasar presiden pada hari kedua Muktamar PAS ke-59.

UTAMAPOLITIKMuktamar PAS Terima Kaji Semula Tahaluf Siyasi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium