24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Muktamar Pemiilihan PAS: Peringatan sekali lagi, pemimpin perlu ulama – Haron Din

haron-din

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sekali lagi mengingatkan ahlinya bahawa parti Islam itu wajib dipimpin oleh ulama.

Haron berkata, dasar kepimpinan ulama dalam PAS tidak dibuat oleh Syura (Majlis Syura Ulama) kerana ianya belum wujud ketika ketetapan itu dibuat.

“PAS mesti dipimpin oleh ulama. Saya nak ingatkan itu bukan pandangan saya dan nak sedarkan ahli bahawa dasar kepimpinan ulama tidak dibuat oleh Syura (Majlis Syura Ulama) kerana Syura tidak ada ketika itu, belum tubuh lagi.

“Dibuat kerana nak menyatakan bahawa PAS perlu dipimpin oleh seorang ulama yang faham dasar, faham Quran dan sunnah,” katanya dipetik Harakahdaily.


Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semalam dilaporkan sebagai berkata kini sudah tiba masanya parti itu melalui perubahan pucuk pimpinan untuk menjadikannya sebuah pertubuhan politik yang matang dalam berdepan pelbagai cabaran semasa.

Menurutnya, perubahan pucuk pimpinan perlu dilihat daripada aspek positif kerana ahli parti semakin berani menyuarakan pandangan serta hasrat mereka.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata terdapat ‘ustaz-ustaz’ yang suka mengampu dan tidak menegur Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jika Presiden PAS itu membuat kesalahan politik.

Katanya, gejala itu semakin membarah dalam PAS dan kini menjadi masalah utama yang sedang merosakkan PAS.

Justeru, Haron berkata sekiranya wujud usaha mahu menukar kepimpinan ulama maka ia harus dibuat melalui muktamar parti.

“Maka selagi tidak ubah keputusan muktamar, Syura sendiri tak boleh ubah. PAS Pusat pun tidak boleh ubah. Kalau mereka ada keinginan nak menukar kepimpinan yang tidak semestinya ulama, perkara itu mestilah dibawa balik usul ke dalam muktamar, pinda dulu keputusan. Kalau dah pinda keputusan, barulah boleh kepimpinan bukan ulama bertanding memegang jawatan Presiden. Jika tidak, kita melanggar keputusan.

“Itu tafsiran yang nyata dibuat tentang kepimpinan ulama, maka ulamalah yang menjadi Presiden. Itu ketetapan muktamar. Muktamar ini badan tertinggi dan bila muktamar buat keputusan, maka kekallah keputusan itu sehinggalah muktamar sendiri mengubah.


“Saya faham muktamar tidak ubah, maka wajib beramal dengan keputusan muktamar itu,” katanya.

Bagaimanapun, Haron berkata beliau tidak menafikan peranan golongan profesional dalam perjuangan parti itu.

“Kitapun tak boleh nafikan adanya golongan ulama dan golongan profesional.

“Dua golongan ini dikatakan gandingan yang cukup mantap. Yang satu menampung kekurangan antara lainnya begitu sebaliknya. Kekurangan yang memang pasti ada, ditampung antara satu sama lain. Itu kalau berlaku kerjasama erat, dengan niat baik untuk menggembleng tenaga bagi mengukuhkan parti.

Namun, ujarnya akan wujud masalah jika kepimpinan tertinggi parti ini diambil alih oleh golongan tersebut.

“Tapi sekiranya ada, tetapi saya harap tidak adalah golongan yang sengaja nak mengenepikan ulama, kalau ada golongan profesional ambil alih kepimpinan, itulah yang akan menimbulkan masalah, yang saya sebut awal tadi seperti telah melanggar ketetapan yang dibuat oleh Muktamar sendiri pada tahun 1982, di Dewan Bahasa dan Pustaka.

“Ketika itu berlaku krisis kepimpinan juga yang berakhir dengan keputusan PAS hendaklah beramal dengan kepimpinan ulama. Sejak daripada itulah maka PAS telah diserahkan Presidennya kepada ulama. Ketika itu krisis kerana Datuk Asri menjadi Presiden.


“Ada pihak tidak senang dengan dia, dia sendiri dijatuhkan maka dipilih Haji Yusof Rawa, seorang ulama. Lepas itu Datuk Fadzil Noor juga seorang ulama, kemudian beliau meninggal dipilih pula Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,” tegasnya.

Tambahnya, muktamar adalah badan tertinggi dan apabila ia membuat keputusan, maka kekallah keputusan itu sehinggalah muktamar sendiri mengubahnya.

“Itu tafsiran yang nyata dibuat tentang kepimpinan ulama, maka ulamalah yang menjadi Presiden. Itu ketetapan Muktamar.

“Muktamar ini badan tertinggi dan bila muktamar buat keputusan, maka kekallah keputusan itu sehinggalah muktamar sendiri mengubah,” katanya.

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...