Muktamat Tahunan PAS: Mengapa Anwar Tidak Hadir ? - pakdin.my

KUALA LUMPUR 3 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat terpaksa mengelak menghadiri Muktamar Pas untuk membantu calon-calon yang pro kepada beliau menang pada pemilihan parti kali ini.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, ini kerana Anwar sangat menyedari kelibatnya akan menimbulkan rasa kurang senang perwakilan yang tidak menyokong kumpulan Anwarinas.

“Anwar sedar bahawa beliau hari ini menjadi liabiliti dan faktor yang bakal menyumbang kepada kekalahan calon-calon yang dilihat pro kepada beliau.

“Beliau juga sedar wujudnya arus yang kuat dalam Pas yang berasakan Anwar telah memalitkan kesan negatif berikutan skandal seksnya sekali gus membina persepsi umum bahawa Pas bersetuju dengan perbuatan terkutuknya itu,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ketiadaan Anwar sepanjang Muktamar Pas yang sedang berlangsung ketika ini kerana kononnya mempunyai urusan di luar negara.

SD Johari menambah, apa yang dilakukan Anwar itu adalah sesuatu yang luar biasa kerana beliau kebiasaannya akan turut sibuk setiap kali berlangsungnya Muktamar Pas lebih-lebih lagi sekiranya ada pemilihan.

Ini kerana kata beliau, Anwar awal-awal lagi akan mengatur dan menyusun calon-calon yang pro beliau untuk memenangi jawatan dalam parti seterusnya mengukuhkan sokongan Pas terhadap beliau.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin berkata, Anwar terpaksa mengelak Muktamar Pas kali ini kerana mengetahui bahawa beliau akan diserang oleh perwakilan Pas berhubung isu skandal video seksnya.

Apatah lagi kata beliau, isu itu juga telah dipersetujui untuk diperbahaskan oleh perwakilan sekali gus meletakkan Anwar dan ahli Pas yang condong kepada beliau dalam kedudukan yang panas.

“Persoalannya sejauh mana perwakilan Pas berani mengutuk sikap pemimpin mereka yang bersekongkol dengan perbuatan maksiat yang dilakukan Anwar.

“Atau mungkin perwakilan Pas hanya menjadi ‘pak angguk’ kepada sesetengah pemimpin mereka yang sangat cenderung dengan fahaman Anwarisme,” katanya – utusan

UTAMAPOLITIKMuktamat Tahunan PAS: Mengapa Anwar Tidak Hadir ?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium