31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 18, 2021

Mural wajah Adib bawah jejambat diconteng timbulkan kemarahan netizen

Mural yang memaparkan wajah Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di bawah jejambat berhampiran balai bomba dan penyelamat Shah Alam diconteng.

Tular di media sosial, orang ramai marah dengan perbuatan tersebut sebelum lakaran itu hari ini ditutup dengan plastik biru.

Difahamkan, mural berkenaan dilukis minggu lalu bagi memperingati Muhammad Adib yang maut dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, hujung tahun lalu.

Namun, pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis tidak mengetahui individu yang melukis mural berkenaan.

“Saya tidak pasti bila lukisan itu dilukis dan siapa orangnya, individu itu pastinya mahu seluruh rakyat Malaysia mengingati Allahyarham Adib menerusi lukisannya,” katanya.

Adib, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN) susulan rusuhan 27 November tahun lalu.

https://pakdin.my/muhammad-adib

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.