Musa persoal graduan biadap tuntut UM tarik laporan polis

Tan Sri Musa Hassan menyelar sikap pelajar Universiti Malaya (UM) Wong Yan Ke yang mendesak aduan polis ke atasnya ditarik balik.

Bekas ketua polis negara berkata tindakan itu tidak perlu kerana graduan kejuruteraan itu sendiri bersikap tidak sopan dalam majlis konvokesyen tempoh hari.

“Wah sekarang ini boleh tuntut untuk menarik balik laporan polis, walaupun telah bertindak kurang adab di dalam majlis rasmi,” coretnya di Twitter hari ini.

UM pada 15 Oktober membuat laporan polis atas tindakan Wong yang disifatkan biadab, termasuk mencemar nama baik institut pengajian tinggi (IPT).

Namun semalam, Wong menggesa laporan ditarik bagi membuktikan komitmen UM terhadap kebebasan bersuara.

Aktivis pelajar itu sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila melaungkan ‘ini tanah Malaysia’ sambil mengangkat plakad serta menjerit ‘undur VC’ selepas menerima skrol ijazah.

Loading...