Mustahil DAP tidak tahu pesta sukan bogel antarabangsa - pakdin.my

teluk-bahang

Selamba saja Ketua Menteri, Lim Guan Eng mendakwa dia tidak tahu penganjuran Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang yang tersebar menerusi Youtube sejak semalam. Seperti biasa beliau menyerahkan perkara itu kepada polis dan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan.

Katanya, kerajaan negeri tidak pernah membenarkan atau memberi lesen terhadap penganjuran pesta sukan bogel berkenaan dan akan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

“Kita tidak pernah membenarkan sukan seumpama ini dijalankan di Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga tidak pernah mengeluarkan lesen untuk penganjurannya,” katanya pada sidang media.

Dalam Youtube berdurasi 5 minit 56 saat memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dalam keadaan bogel sedang melakukan aktiviti seperti melukis di badan di sebuah pantai dipercayai di Taman Negara dekat Teluk Bahang.

Kenyataan Guan Eng itu diragui umum kerana mengikut video klip itu sukan itu diadakan di kawasan terpencil tetapi dikawal oleh pasukan renjer pantai.

Sudah tentu renjer pantai memaklumkan kepada PBT mengenai kehadiran sekumpulan 18 pelawat ke pantai itu bagi memudahkan pihak berkuasa mengambil sebarang tindakan jika berlakunya situasi kecemasan seperti lemas dan kemalangan.

Walaupun penganjur sukan bogel itu tidak memberitahu pasukan renjer yang bertugas mengenai aktiviti yang dirancang, renjer sepatutnya meneliti pergerakan mereka dan mengetahui apa yang berlaku di sepanjang 2 kilometer pantai itu.

Semestinya PBT wajib melaporkannnya kepada Pejabat ketua Menteri mengenai kegiatan yang tidak bermoral berlaku di pantai itu walaupun pelancong terbabit membayar setinggi mana sekalipun harga sewa bilik atau chalet untuk menyembunyikan kegiatan mereka.

Apa yang menyedihkan ialah aktiviti tidak bermoral itu dilakukan di pantai, bukannya dalam chalet masing-masing.

Persoalannya ialah mungkin kerjaan negeri mahu pekara itu disembunyikan kerana ia akan menjadi kecoh jika sampai ke pengetahuan awam melalui media mahupun bloggers.

Namun jangkaan kerajaan negeri tersasar apabila peserta sukan bogel itu sendiri menyebarkan video klip mereka ke dalam laman vimeo dan menjadi viral dalam tempoh hanya beberapa jam.

Malah mereka berbangga dengan sukan bogel antarabangsa yang disertai 18 peserta yang kelihatan berbangsa Cina.

Peserta yang dikenali sebagai Justin berterimakasih kepada penganjurnya Chew kerana berjaya melakar sejarah sukan bogel di Malaysia dan mahu mengulanginya tahun depan.

Berikut kenyataan Justin yang sekaligus membongkar penglibatan seorang renjer pantai:

Pada hari itu, kami berkumpul di jeti Teluk Bahang, Pulau Pinang. Ramai datang awal dan makan di sebuah restoran Melayu berdekatan. Suasana tengahari nyaman dan kami semua teruja untuk menyertai sukan itu.

Kira-kira jam 2.30 petang, kami berjalan ke jeti dan bertemu rakan-rakan lain yang baru sampai. Kami menggunakan dua bot dan menyusur ke pantai rahsia di belakang Pulau Pinang. Kawasan itu sunyi, suasana tenang, aman dan pemandangan pantai sangat menarik.

Kami memungah barangan dari bot dan Ms Chew menemui renjer yang menjaga kawasan itu dan mungkin dia seorang saja bertugas pada hari itu. Selepas membuat penjelasan kepada renjer, kami bergerak menuju ke sebuah teratak berhampiran dan mula berbogel.

Acara pertama ialah melukis di badan. Semua peserta mengambil bahagian. Kami bergilir-gilir melukis badan peserta sukan dengan pelbagai bentuk seperti bunga, pokok dan kartun. Kemudian, kami mengambil gambar.

Kami kemudanya bergerak ke kawasan pantai untukcara bergambar berbogel beramai-ramai. Selepas itu kami melakukan pelbagai jenis sukan seperti berlari pantai, berenang atas badan dan jalan ketam. Salah seorang peserta merupakan juruvideo dan merakamkan segala aktiviti di sepanjang 2 kilometer pantai tanpa sebarang gangguan.

Apabila kembali ke teratak, kami cepat-cepat pakai baju kerana ada sebuah bot menghampiri untuk membawa makanan seperti asam laksa, nasi lemak, mihun goreng, satay, keropok lekor and minuman sirap.

Penjelasan Justin dalam media sosial membuktikan pegawai renjer mengetahui kehadiran mereka di situ dan sepatutnya pegawai itu mengetahui aktiviti mereka lakukan dan memantaunya kerana ia membabitkan keselamatan pantai.

Penafian kerajaan negeri akan terjawab apabila polis menjalankan siasatan terhadap pegawai renjer itu dalam masa terdekat.

UTAMABERITAMustahil DAP tidak tahu pesta sukan bogel antarabangsa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium